awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nga Kor Ming seru rakyat Malaysia bersatu hadapi krisis global

Bernama
Bernama
30/03/2026
03:28 MYT
Nga Kor Ming seru rakyat Malaysia bersatu hadapi krisis global
Menurut Kor Ming, setiap rakyat Malaysia mempunyai peranan penting untuk dimainkan dalam memelihara keharmonian dan melindungi kepelbagaian unik negara. - Gambar Bernama
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menyeru rakyat Malaysia untuk terus bersatu dan menolak sebarang bentuk perpecahan kaum, serta menegaskan bahawa perpaduan, keharmonian dan saling menghormati kekal menjadi asas kekuatan negara, terutamanya pada saat krisis.
Kor Ming yang juga Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan dan Pengerusi DAP Perak berkata, semasa dunia berhadapan krisis, menjadi kewajipan setiap rakyat Malaysia untuk mempunyai azam baharu, iaitu berdiri teguh sebagai satu negara dan mengatasi krisis bersama-sama.
Beliau menggesa setiap rakyat menyokong usaha kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengurangkan beban rakyat, bertindak secara bertanggungjawab, bersabar dan mengelak daripada memperbesar sentimen negatif yang boleh menjejaskan perpaduan nasional serta pembangunan ekonomi.
“Walaupun beberapa negara jiran telah mengisytiharkan darurat tenaga, rakyat Malaysia masih menikmati antara harga petrol terendah di dunia dan kerajaan sedang melaksanakan pelbagai inisiatif proaktif untuk menguruskan situasi ini.
“Perpaduan dalam kepelbagaian ialah aset terbesar kita. Oleh itu, kita tidak boleh membiarkan sebarang naratif tidak bertanggungjawab menghakis kepercayaan dan persefahaman yang telah dibina dengan susah payah oleh generasi rakyat Malaysia,” katanya semasa berucap pada majlis makan malam Aidilfitri DAP Perak 2026 bersama-sama Media Perak, di sini, malam tadi.
Selain itu, Kor Ming berkata, Perak berada pada landasan betul di bawah Kerajaan Perpaduan yang menyaksikan kerajaan negeri merekodkan belanjawan surplus untuk empat tahun berturut-turut dan mencatatkan pelaburan tertinggi sebanyak RM15.67 bilion.
Pelancongan di Perak juga menunjukkan prestasi yang baik dengan Tahun Melawat Perak 2025 menerima lebih 10.1 juta pelancong domestik dan luar negara.
Kor Ming berkata, setiap rakyat Malaysia mempunyai peranan penting untuk dimainkan dalam memelihara keharmonian dan melindungi kepelbagaian unik negara.
Menurut Kor Ming, perpaduan menjadi tanggungjawab yang mesti dipertahankan oleh semua rakyat Malaysia untuk menjaga keamanan, kestabilan dan masa depan negara.
“Satu negara, satu wawasan dan satu impian, kita akan atasi (sebarang masalah). Kita mesti sedar tanpa tanggungjawab bersama-sama, tiada kemakmuran yang dapat dinikmati bersama-sama,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nga Kor Ming
#DAP
#Malaysia
#kepelbagaian
#perpaduan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan