awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha perkasa wanita perlu diperkukuh secara menyeluruh - Ahmad Zahid
Iran bakal beri penghormatan kepada Ayatollah Ali Khamenei selepas 40 hari pemergiannya
Tiada sambungan kontrak pegawai farmasi capai had maksimum - KKM

Niat berpuasa bantu kurang rembesan asid, elak gastrik - Pakar

Bernama
Bernama
20/02/2026
04:19 MYT
Niat berpuasa bantu kurang rembesan asid, elak gastrik - Pakar
Proses penghadaman tubuh secara biologi bermula daripada minda yang seterusnya akan membantu sistem pencernaan mengurangkan penghasilan jus gastrik. - Gambar hiasan
Penghidap masalah gastrik tidak perlu bimbang untuk menunaikan ibadah puasa memandangkan penyakit itu sebenarnya boleh dikawal bermula dengan penetapan niat dan keinginan individu.
Pakar Perunding Bedah Am (Robotik Invasif Minima/Metabolik Bariatrik) Selgate Specialist Hospital Rawang Dr Mohd Firdaus Che Ani berkata proses penghadaman tubuh secara biologi bermula daripada minda yang seterusnya akan membantu sistem pencernaan mengurangkan penghasilan jus gastrik.
"Bila kita niat untuk berpuasa sistem pencernaan kita akan kurangkan penghasilan jus gastrik. Bila itu berlaku maka kurang risiko untuk keradangan terjadi," katanya ketika menjadi tetamu program Apa Khabar Malaysia terbitan Bernama TV hari ini.
Dr Mohd Firdaus berkata selain penetapan niat, persediaan awal seperti melatih diri mengurangkan pengambilan hidangan pada waktu tengah hari sebelum Ramadan turut membantu sistem tubuh menyesuaikan diri sekali gus mengurangkan risiko keradangan atau gastrik.
Beliau pada masa sama mengingatkan orang ramai tidak terus berbaring selepas bersahur kerana tindakan itu boleh mengundang masalah asid refluks atau Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) yang sering disalah tafsir sebagai gastrik.
"Bila kita baring, terutamanya kalau injap dekat ulu hati ini dah longgar, makanan mudah mengalir naik ke atas dan bawa keradangan. Kadang-kadang ia naik ke atas sampai ke belakang tekak, boleh menyebabkan susah nafas, sakit tekak, resdung dan migrain. Ini semua adalah tipikal simptom yang penghidap gastrik dapat semasa berpuasa," katanya.
Bagi mereka yang memerlukan ubat gastrik, Dr Mohd Firdaus mengesyorkan pengambilannya sebelum bersahur memandangkan ubat itu mampu bertahan selama lebih 12 jam.
“Namun ia tidak dinasihatkan untuk diambil secara berterusan bagi tempoh yang panjang. Perut kita secara semula jadi akan menghasilkan asid, bila kita nak cuba lawan sifat semula jadi itu, sifat permukaan sel di perut boleh berubah dan itu sangat berbahaya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#gastrik
#niat puasa
#Ramadan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.