awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Tidak ada PRU16 dalam satu, dua bulan ini" - PM Anwar
Misi bantuan Gaza: Pemilihan MB Selangor bantu permudah rundingan dengan Mesir - Anwar
WHO gesa sokongan keihatan segera di kawasan konflik Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nigel Ng ‘Uncle Roger’ umum bakal timang cahaya mata pertama

Astro AWANI
Astro AWANI
21/02/2026
06:00 MYT
Nigel Ng ‘Uncle Roger’ umum bakal timang cahaya mata pertama
Ng berkongsi berita gembira tersebut bersama imej imbasan ultrasound bayi mereka bersempena sambutan Tahun Baharu Cina dan awal Ramadan. -Foto Instagram
PELAWAK kelahiran Malaysia, Nigel Ng, yang terkenal dengan watak ikonik ‘Uncle Roger’, mengumumkan bakal menimang cahaya mata pertama selepas mengesahkan kehamilan isterinya, Sabrina Ahmed.
Menerusi hantaran di platform Instagram pada Jumaat, Ng, 34, berkongsi berita gembira tersebut bersama imej imbasan ultrasound bayi mereka bersempena sambutan Tahun Baharu Cina dan awal Ramadan.
"Anak saudara (nephew) baharu bakal menyusul! Selamat Tahun Baharu Cina dan Ramadan Mubarak," tulisnya, merujuk kepada panggilan "nieces and nephews" yang sering digunakannya untuk para peminat.
View this post on Instagram
A post shared by Nigel Ng (Uncle Roger) (@mrnigelng)
Pengumuman tersebut menarik perhatian dunia dengan menerima ribuan ucapan tahniah daripada peminat serta rakan selebriti antarabangsa, termasuk cef tersohor Gordon Ramsay.
Ng, yang meraih kemasyhuran global menerusi siri video kritikan masakan "egg fried rice", berkahwin dengan Sabrina, seorang peguam kelahiran Amerika Syarikat, dalam satu majlis gilang-gemilang di Sintra, Portugal pada 19 Julai 2025.
Pasangan itu sebelum ini mengumumkan pertunangan mereka pada Mac 2025 selepas Ng melamar Sabrina di bawah pohon sakura di Tokyo, Jepun.
Topic Berkaitan
#nigel ng
#Uncle Roger
#Sabrina Ahmed
#kehamilan selebriti
#Pelawak Malaysia
#Gordon Ramsay
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan