awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nombor plat eksklusif UUM bukan hanya untuk warga universiti

Astro Awani
Astro Awani
18/04/2024
10:20 MYT
Nombor plat eksklusif UUM bukan hanya untuk warga universiti
Nombor plat eksklusif UUM sebenarnya boleh dibida oleh orang ramai atau syarikat yang berminat dengan nombor plat berkenaan. - Foto ihsan UUM
SINTOK: Nombor plat eksklusif UUM bukan khusus dijual kepada warga universiti tetapi boleh dimiliki oleh orang awam atau syarikat yang berminat dengan plat tersebut.
Pengarah Jabatan Strategik dan Pembangunan Perniagaan Universiti Utara Malaysia (UUM), Afiruddin Tapa berkata, ramai beranggapan nombor plat eksklusif berkenaan tidak boleh dibeli oleh orang awam atau syarikat, sedangkan ia dijual kepada umum menerusi sistem bidaan.
“Orang ramai yang berminat untuk membeli nombor plat eksklusif UUM boleh membuat bidaan di laman web https://uumplate.uum.edu.my dan kami masih mempunyai 6,200 nombor plat UMM untuk dimiliki oleh orang ramai dan syarikat.
"Setakat ini, 67 peratus daripada 3,800 nombor yang terjual, telah dibeli oleh orang awam, diikuti kakitangan universiti dan pelajar. Jadi, tanggapan bahawa nombor plat eksklusif UUM hanya terbuka untuk warga universiti adalah tidak benar,” jelas Afiruddin.
Bidaan nombor plat tersebut boleh dibuat sebelum 31 Disember 2025 dan UUM membuka bidaan dengan harga serendah RM300 selain pemberian diskaun sehingga 40 peratus kepada pembida.
Penjualan nombor plat eksklusif dibuat sempena Sambutan Hari Pengasasan UUM ke-36 yang lalu dan muncul universiti awam ke-3 yang membuka pelawaan bidaan nombor pendaftaran khas.
Matlamat utama inisiatif itu bertujuan memberi peluang kepada semua pihak untuk menzahirkan kebersamaan dengan universiti.
UUM mendapat kelulusan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk nombor plat khas UUM 1 hingga 9999 pada Disember 2019 dan dibahagikan kepada kategori seperti nombor Utama, Menarik, Popular dan Biasa.
Topic Berkaitan
#nombor plat eksekutif
#universiti utara malaysia
#Afiruddin Tapa
#jualan melalui bidaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan