awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nor Sarah tekad cari rentak terbaik di Taiwan

Bernama
Bernama
21/03/2026
01:31 MYT
Nor Sarah tekad cari rentak terbaik di Taiwan
Pemenang pingat emas Sukan SEA Hanoi itu berkata kejohanan di Taiwan medan penting memulakan musim 2026. - Foto fail/BERNAMA
Atlet lompat bergalah negara Nor Sarah Adi tekad kembali mendapatkan rentak terbaik dan menyamai catatan peribadi (PB) pada Kejohanan Lompat Bergalah Antarabangsa Taiwan 2026 serta Kejohanan Jemputan Lompat Bergalah Nantou-Sun Moon Lake dari 22 hingga 25 Mac.
Pemenang pingat emas Sukan SEA Hanoi itu berkata kejohanan di Taiwan medan penting memulakan musim 2026, selain pengalaman pertamanya mengharungi pertandingan dalam dan luar dewan dalam satu siri kejohanan.
“Saya tidak meletakkan sasaran yang terlalu tinggi. Fokus saya untuk dapatkan semula PB dan lihat keseimbangan larian serta teknik dan dari situ, kita akan membuat perancangan untuk kejohanan akan datang," katanya menerusi video dikongsikan Olahraga Malaysia baru-baru ini
Untuk rekod, catatan peribadi terbaik Nor Sarah dalam acara lompat bergalah ialah 4.05 meter pada Sukan SEA Kemboja 2023.
Sementara itu, jurulatih lompat bergalah negara Roslinda Samsu berkata tidak meletakkan sebarang sasaran kepada empat atlet negara yang beraksi buat kali pertama pada musim ini.
Beliau berharap semua anak buahnya dapat memberikan aksi yang terbaik pada kejohanan itu selain cuba untuk menyamai PB masing-masing.
Selain Nor Sarah, atlet negara pada kejohanan itu ialah Muhammad Naufal Shahrul Afzam, Muhammad Hafidzul Ain dan Noor Shahreen Jamizan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nor Sarah Adi
#atlet lompat bergalah
#rentak terbaik
#olahraga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan