awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nothing To Hide 2.0: Polis tahan tiga suspek, penganjur dipanggil

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
13/08/2017
12:38 MYT
Nothing To Hide 2.0: Polis tahan tiga suspek, penganjur dipanggil
Ketiga-tiga suspek berusia 17 hingga 19 tahun itu ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis. - Foto Sinar.TV
Tiga suspek ditahan polis susulan kekecohan yang berlaku semasa program Nothing To Hide 2.0 di sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Shafien Mamat berkata ketiga-tiga suspek berusia 17 hingga 19 tahun itu ditahan oleh orang awam sebelum diserahkan kepada pihak polis.
"Dua orang daripada mereka memakai baju-T merah berlambang Armada dan seorang baju-T hitam. Umur 17-19 tahun, dua orang daripada mereka ini adalah pelajar kolej swasta.
"Sehingga 5.45 petang tadi, tidak ada satu laporan polis dibuat oleh mana-mana pihak," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini hari ini.
Tambah beliau, penganjur Nothing To Hide 2.0 juga akan dipanggil susulan kekecohan itu.
"Mesti memastikan keselamatan semua yang hadir terjamin. Itu syarat kita. Kita akan panggil penganjur untuk meneruskan siasatan.
"Kita akan jalankan siasatan dalam semua aspek kerana mereka telah gagal mematuhi arahan kita," tegasnya.
Topic Berkaitan
#kecoh
#Nothing to Hide
#penganjur
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan