awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NRES arah bantuan menyeluruh kepada keluarga petugas Jupem - Arthur 

Bernama
Bernama
19/03/2026
03:24 MYT
NRES arah bantuan menyeluruh kepada keluarga petugas Jupem - Arthur 
Arthur telah mengarahkan pihak Jupem supaya menyalurkan segala bentuk bantuan yang diperlukan termasuk sokongan moral, serta penyelarasan kebajikan kepada keluarga. - Gambar fail/Bernama
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) memberikan jaminan bahawa kebajikan keluarga petugas Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (Jupem) yang hilang di Sungai Pandaruan, Limbang, akan terus diberi perhatian sepanjang tempoh operasi mencari dan menyelamat (SAR).
Menterinya Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata beliau telah mengarahkan pihak Jupem supaya menyalurkan segala bentuk bantuan yang diperlukan termasuk sokongan moral, serta penyelarasan kebajikan kepada keluarga mangsa sepanjang tempoh pencarian dan proses seterusnya.
"Marilah kita bersama-sama mendoakan agar urusan pasukan SAR dipermudah dan keluarga mangsa diberikan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi dugaan ini.
"NRES akan terus memantau perkembangan operasi SAR dari semasa ke semasa, dan memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa di Sarawak bagi memastikan segala usaha dilakukan untuk menemukan mangsa," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Arthur berkata beliau telah dimaklumkan mengenai insiden menyedihkan yang menimpa seorang petugas Jupem, yang dilaporkan hilang dibawa arus deras ketika sedang menjalankan tugas pengukuran sempadan antarabangsa Malaysia-Brunei di Sungai Pandaruan.
Beliau berkata insiden itu amat menyedihkan dan merakamkan rasa simpati serta dukacita kepada keluarga mangsa.
"Kami memahami bahawa ini ialah waktu yang amat sukar dan mencabar bagi mereka. Mangsa merupakan seorang penjawat awam yang berdedikasi.
"Tugasan pengukuran sempadan bukanlah satu tugas yang mudah dan ia menuntut keberanian serta pengorbanan yang tinggi demi kedaulatan serta kepentingan negara di kawasan yang sering kali mempunyai muka bumi yang mencabar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#NRES
#JUPEM
#hilang
#kebajikan
#keluarga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan