awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0

Bernama
Bernama
18/04/2024
20:45 MYT
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC dianjurkan dengan tujuan memupuk minat pelajar sekolah terhadap bidang STEM bagi menangani isu nasional berkenaan penurunan peratusan kumpulan tersebut yang mengambil aliran sains tulen. - Gambar National Science Challenge
KUALA LUMPUR: National Science Challenge (NSC) 2024 yang menawarkan pendekatan amali (hands-on) dan program mentor secara langsung oleh pakar akademia serta industri kepada pelajar sekolah, memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang dalam kenyataan pada Khamis berkata, NSC 2024 anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM) menumpukan pada penggunaan teknologi terkini seperti kecerdasan buatan (AI), robotik, automasi, data raya dan analitik yang canggih.
Beliau berkata, teknologi berkenaan merupakan platform bagi memupuk bakat muda boleh suai dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) selain menyediakan pelajar dengan pengetahuan terkini serta teknologi penting dalam menangani masalah negara, seperti perubahan iklim dan keterjaminan makanan.
"NSC melengkapi kurikulum sedia ada di sekolah, khususnya pembudayaan STEM yang bersifat luar bilik darjah," katanya.
Sementara itu, Presiden ASM, Datuk Dr Tengku Mohd Azzman Shariffadeen berkata, NSC bukan sahaja menitikberatkan penguasaan pengetahuan pelajar malah menekankan kemahiran berfikir secara kritikal dan berkomunikasi dengan efektif.
Menurut kenyataan itu, NSC dianjurkan dengan tujuan memupuk minat pelajar sekolah terhadap bidang STEM bagi menangani isu nasional berkenaan penurunan peratusan kumpulan tersebut yang mengambil aliran sains tulen.
Bertemakan 'Memacu Era Transformasi Digital: Merintis Inovasi dan Penyelesaian Mampan', pendaftaran NSC dibuka kepada pelajar warganegara Malaysia Tingkatan Satu hingga Empat bermula 1 April lepas hingga 31 Mei ini menerusi https://www.akademisains.gov.my/2024-nsc/. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chang Lih Kang
#NSC 2024
#STEM
#kemahiran berfikir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan