awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga minyak turun bawah US$100 setong didorong rundingan gencatan senjata
CEO TFC Sheikh Farouk letak jawatan
Bank Muamalat tawar bantuan ketahanan kewangan sementara kepada pelanggan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NUBE buat bantahan hentikan dakwaan diskriminasi

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
06/04/2013
09:05 MYT
NUBE buat bantahan hentikan dakwaan diskriminasi
Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) melakukan tunjuk perasaan pada Sabtu yang antara lain bertujuan untuk menghentikan dakwaan diskriminasi terhadap pelanggan dan pekerja bank.
Bantahan itu adalah sebahagian daripada 10 permintaan yang terdapat dalam piket kebangsaan kesatuan sekerja itu yang dinamakan "piket Daulat 6413".
Nombor "6413" itu merujuk kepada 6 April, 2013, yang menandakan genap setahun sejak NUBE mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyuarakan tuntutan.
Dianggarkan kurang seribu penunjuk perasaan berada sekitar kawasan Menara Maybank dan ibu pejabat CIMB di Jalan Tun Perak di sini.
Bantahan tertumpu pada tiga Syarikat Berkaitan/Milik Kerajaan (GLC) yang didakwa NUBE syarikat paling kerap mengeksploitasi pekerja dan pengguna.
Tunjuk perasaan hari ini mewakili 5,000 pekerja Maybank, CIMB 4,000 pekerja dan 1,000 pekerja Bank Muamalat.
Kesatuan sekerja itu mempunyai kira-kira 30,000 ahli.
Berikut antara detik-detik tunjuk perasaan yang dirakamkan.
a
a
Topic Berkaitan
#CIMB
#GLC
#Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank
#Maybank
#NUBE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan