awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nur Humaira Syafiqah telah ditemui - Polis

Sinar Harian
Sinar Harian
27/08/2024
01:00 MYT
Nur Humaira Syafiqah telah ditemui - Polis
Jasmin berkata mangsa telah dijumpai pada jam 1 pagi tadi dan sekarang berada di Balai Polis Tawau untuk siasatan lanjut. - Foto Facebook/Polis Daerah Tawau
TAWAU: Remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu ditemukan di kawasan Kampung Jawa Jalan Tengku Osman, di sini, pada awal pagi Selasa.
Nur Humaira Syafiqah Naldi, ditemukan pada jam 1 pagi dalam keadaan selamat.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Jasmin Hussin ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan penemuan itu berkata, pihaknya masih menyiasat remaja berkenaan.
"Mangsa telah dijumpai pada jam 1 pagi tadi dan sekarang berada di Balai Polis Tawau untuk siasatan lanjut," katanya pada Selasa.
Sebelum itu, Jasmin memaklumkan pihaknya telah membuka kertas siasatan orang hilang susulan laporan yang diterima berhubung kehilangan remaja tersebut.
Media pada Isnin melaporkan, ahli keluarga remaja tersebut merayu orang ramai untuk mengesan Nur Humaira Syafiqah.
Kakaknya Ayu, 39, berkata, kali terakhir adik bongsunya itu dilihat di rumah mereka pada jam 5 pagi di Kampung Tanjung Keramat, di sini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nur Humaira Syafiqah Naldi
#selamat
#remaja hilang
#Jasmin Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan