awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nur Jazlan yakin mampu laksana tugas Timbalan Speaker Dewan Negara

Bernama
Bernama
20/06/2023
04:19 MYT
Nur Jazlan yakin mampu laksana tugas Timbalan Speaker Dewan Negara
Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed pada sidang media ketika menghadiri Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang baru dilantik semalam menghargai keyakinan yang diberikan kerajaan, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mencadangkan nama beliau bagi jawatan itu.
Katanya, beliau sendiri tidak tahu menahu mengenai pencalonan berkenaan sehinggalah dimaklumkan Jumaat lepas.
"Bagaimanapun, berdasarkan pengalaman saya selama tiga penggal sebagai Ahli Parlimen dan juga sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri dan Pengerusi Jawatankuasa Khas Kira-Kira Wang Negara (PAC), saya rasa saya mampu untuk menjalankan tugas ini," katanya dalam sidang media di Bangunan Parlimen hari ini.
Nur Jazlan berkata, beliau akan membantu Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, selain bertekad memperkasakan fungsi dan peranan Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negara.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai dilantik sebagai Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara selepas mendapat 43 undi dalam pengundian lantikan jawatan itu.
Turut dicalonkan Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris yang dicadangkan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Nur Jazlan Mohamed
#Timbalan Speaker Dewan Negara
#PM Anwar Ibrahim
#Yang Dipertua Dewan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan