awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Membina daya tahan jiwa generasi digital
Hamzah di Australia, tak hadir prosiding Lembaga Disiplin Bersatu esok
Kerajaan dijangka jimat RM2.5 bilion hasil penyasaran subsidi RON95 tahun ini - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nurul Zahid, suami akan dituduh di mahkamah

Khairunnisa Kasnoon
Khairunnisa Kasnoon
02/05/2020
15:11 MYT
Nurul Zahid, suami akan dituduh di mahkamah
Saiful Nizam dan NurulHidayah, edua-duanya telah diambil keterangan pada 24 April lalu. - Instagram @nurul.zahid
Langgar Perintah Kawalan Pergerakan, (PKP), Datuk Nurul Hidayah Ahmad Zahid dan suaminya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff akan dituduh di mahkamah dalam tempoh terdekat.
Dalam satu kenyataan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, memaklumkan, pihaknya sudah mendapat arahan dari pihak Jabatan Peguam Negara untuk menuduh kedua-duanya.
"Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) JSJ Bukit Aman dan kedua-duanya telah diambil keterangan pada 24 April lalu.
"Siasatan mendapati Datuk Nurul Hidayah telah memuat naik gambar di Instagram dengan beberapa kapsyen tentang pertemuannya dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri serta Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Ahmad Masrizal Muhammad," katanya.
View this post on Instagram
Selepas selesai dengan YB Menteri Hal Ehwal Agama, kami ke Kementerian Alam Sekitar utk berjumpa dengan YB Datuk Dr Masrizal, Timbalan Menteri. Bertukar2 pendapat dan cadangan adalah cara sy dan YB Datuk Dr Masrizal sejak beliau menjadi Setiausaha Politik kepada Abah sy @ahmadzahidhamidi tidak berapa lama dahulu. A dear friend to our family ❤️
A post shared by Nurulhidayah Ahmad Zahid (@nurul.zahid) on
Apr 19, 2020 at 10:25pm PDT
Susulan itu, kertas siasatan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara dan sudah mendapat arahan untuk menuduh kedua-duanya mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.3) 2020 dalam masa terdekat.
Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya tidak cuba menimbulkan kegusaran dan persepsi negatif dalam kalangan masyarakat seolah-olah Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mengambil tindakan ke atas dakwaan pelanggaran itu.
"PDRM ingin menegaskan sekali lagi bahawa tiada sesiapapun yang akan terlepas daripada sebarang tindakan sekiranya didapati dengan sengaja melanggar apa juga undang-undang negara," tegas Huzir.
Nurul Hidayah, 41, yang juga anak kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu memuat naik beberapa gambar di Instagram ketika dia dan suaminya bertemu Dr Zulkifli serta Ahmad Masrizal di pejabat masing-masing.
Topic Berkaitan
#Bukit Aman
#COVID-19
#ingkar PKP
#jsj
#mahkamah
#Nurul Zahid
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan