awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat Pencarian juruterbang jet pejuang yang hilang ujian terbesar buat Amerika
Konflik Asia Barat: Suku kaum Iran cari juruterbang jet pejuang Amerika yang hilang di kawasan terpencil
Dua pelajar IPG lemas berkayak di Pantai Merdeka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NVIDIA didakwa langgar akta antipersaingan di China

Amanz
Amanz
16/09/2025
04:30 MYT
NVIDIA didakwa langgar akta antipersaingan di China
China menuduh NVIDIA melanggar undang-undang antipersaingan, namun tidak menyatakan kesalahan khusus, dan NVIDIA berjanji akan bekerjasama sepenuhnya. -Amanz
PIHAK berkuasa China menuduh NVIDIA melanggar akta antipersaingan negara tersebut dengan ini dilihat sebagai satu lagi tekanan ke atas Amerika Syarikat bagi menyelesaikan isu tarif yang dikenakan Presiden Trump tahun ini.

Ringkasan AI
  • China menuduh NVIDIA melanggar undang-undang antipersaingan, namun tidak menyatakan kesalahan khusus, dan NVIDIA berjanji akan bekerjasama sepenuhnya.
  • China mengarahkan syarikat tempatan beralih daripada cip NVIDIA kepada cip buatan tempatan seperti Huawei, susulan sekatan eksport cip AI oleh Amerika Syarikat.
  • Wakil China dan AS bertemu di Sepanyol untuk rundingan isu perdagangan termasuk tarif tinggi dan penjualan TikTok.

Apakah kesalahan NVIDIA tidak dinyatakan dengan NVIDIA mengeluarkan kenyataan mereka akan memberikan kerjasama dengan pihak berkuasa dan mematuhi undang-undang China.
Sejak pentadbiran Biden lagi, eksport cip ke China khususnya yang diperlukan untuk melatih model kecerdasan buatan (AI) telah dihadkan.
Dengan perang perdagangan antara kedua-dua negara tidak menunjukkan akan reda, China mengeluarkan arahan kepada syarikat tempatan supaya tidak menggunakan cip keluaran NVIDIA dan sebaliknya berpindah ke cip keluaran tempatan seperti Huawei.
Wakil kedua-dua negara sedang melakukan pertemuan di Sepanyol bagi menyelesaikan pelbagai isu seperti penjualan TikTok dan eksport gandum ke China.
Tarif sehingga 245% dikenakan ke atas China oleh Trump awal tahun ini kerana didakwa melakukan perdagangan secara tidak adil dengan Amerika. -Amanz
Topic Berkaitan
#NVIDIA
#China
#undang-undang antipersaingan
#cip buatan tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan