awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS disokong sentimen berhati-hati
UMNO Kelantan batal rumah terbuka, sokong saranan berjimat cermat PM
Trump beri amaran kepada NATO, desak China bantu buka semula Selat Hormuz - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Oman: 'Pintu diplomasi kekal terbuka' di tengah-tengah serangan AS-Israel ke atas Iran

Astro AWANI
Astro AWANI
02/03/2026
02:13 MYT
Oman: 'Pintu diplomasi kekal terbuka' di tengah-tengah serangan AS-Israel ke atas Iran
- Foto REUTERS
Menteri Luar Oman Badr bin Hamad al-Busaidi, berkata pada Ahad bahawa “pintu diplomasi masih terbuka” ketika serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel ke atas Iran berterusan, sambil menggesa pemulihan rundingan dan memberi amaran supaya tidak melepaskan harapan untuk keamanan, lapor Anadolu Ajansi (AA).
“Saya ingin jelaskan dengan tegas - pintu diplomasi masih terbuka. Rundingan di Geneva telah mencapai kemajuan sebenar ke arah perjanjian yang belum pernah berlaku antara Iran dan AS,” kata al-Busaidi di platform X.
Beliau menekankan bahawa konflik yang sedang berlangsung tidak sepatutnya memadamkan prospek keamanan.
“Perang tidak seharusnya bermakna harapan untuk keamanan hilang. Saya masih percaya pada kuasa diplomasi untuk menyelesaikan konflik ini. Semakin cepat rundingan disambung, semakin baik untuk semua pihak,” tambahnya.
Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Iran awal Sabtu, sementara rundingan antara Tehran dan Washington sedang berlangsung. Oman bertindak sebagai perantara dalam rundingan itu.
Sebelum ini, Israel dan AS turut melaksanakan serangan ke atas Iran pada Jun 2025, semasa satu lagi pusingan rundingan Iran-AS yang dimediasi oleh Oman.
-- BERNAMA-ANADOLU
TAG:
Topic Berkaitan
#Israel-AS serang Iran
#Oman
#rundingan
#diplomasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan