awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Omicron: Seorang petugas Putra Specialist Hospital positif

Bernama
Bernama
27/12/2021
09:27 MYT
Omicron: Seorang petugas Putra Specialist Hospital positif
PSHMSB dalam kenyataan pada Isnin berkata, petugas berkenaan sebelum ini telah mengerjakan umrah, dan diuji positif semasa di lapangan terbang. - Gambar fail
PUTRA Specialist Hospital (Melaka) Sdn Bhd (PSHMSB) hari ini mengesahkan bahawa seorang petugasnya disahkan positif COVID-19 bagi varian Omicron dan beliau kini diletakkan di bawah perintah kuarantin selaras dengan garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).
PSHMSB dalam kenyataan pada Isnin berkata, petugas berkenaan sebelum ini telah mengerjakan umrah, dan diuji positif semasa di lapangan terbang.
“Keputusan ujian genom mengesahkan bahawa ia adalah varian Omicron, yang dijangkiti pada 25 Disember. Petugas itu tidak melapor diri untuk bekerja sejak kembali dari umrah dan tiada kontak dengan pesakit atau petugas PSHMSB,” menurut kenyataan itu.
Menurutnya, PSHMSB telah mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu, demi keselamatan pesakit, pelawat, doktor dan petugas, yang amat penting bagi mereka.
“PSHMSB akan terus bekerjasama dengan KKM bagi langkah selanjutnya yang mungkin diperlukan. Bagi operasi di hospital pula, ia kekal seperti biasa, dan pesakit akan terus dengan pelan penjagaan sedia ada di hospital dengan mematuhi semua langkah-langkah keselamatan,” menurutnya.
- Bernama
Topic Berkaitan
#varian omicron
#Putra Specialist Hospital Melaka Sdn Bhd
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#kuarantin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan