awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ongkili tidak bersetuju dengan usul Perjanjian Malaysia baharu

Bernama
Bernama
06/07/2022
14:12 MYT
Ongkili tidak bersetuju dengan usul Perjanjian Malaysia baharu
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Maximus Ongkili hari ini menzahirkan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan usul Perjanjian Malaysia baharu. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Maximus Ongkili hari ini menzahirkan pendiriannya yang tidak bersetuju dengan usul Perjanjian Malaysia baharu.
Beliau berkata Perjanjian Malaysia yang asal dan ditandatangani pada 1963 atau lebih dikenali sebagai MA63, adalah satu dokumen suci serta asas berkaitan pembentukan Persekutuan Malaysia.
Ahli Parlimen Kota Marudu itu berkata langkah membuang MA63 adalah seolah-olah meninggalkan Persekutuan Malaysia.
"Tiada MA63, tiada Malaysia. Tambahan pula, dengan pindaan perlembagaan yang diluluskan sebulat suara oleh Parlimen pada Disember 2021, MA63 kini menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Persekutuan ... (usul) ini tidak akan memperkukuh Malaysia," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
"Kita mesti membina kekuatan, kedamaian dan solidariti. Kita perlu mengelak bermain dengan semantik dan politik," katanya.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan, ketika berucap pada Konvensyen BN Sabah di Penampang Sabtu lepas, mencadangkan agar kepimpinan BN negeri itu mengusulkan Perjanjian Malaysia baharu sebagai langkah lebih konkrit ke arah merealisasikan hak-hak dan tuntutan negeri sebagaimana yang termaktub dalam MA63.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Maximus Ongkili
#Perjanjian Malaysia baharu
#MA63
#Perjanjian Malaysia 1963
#Persekutuan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan