awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selat Hormuz dibuka sepenuhnya - Menteri Luar Iran
Rakyat Malaysia antara mangsa nahas helikopter di Kalimantan Barat
Pengarah SPRM Pulau Pinang, Pengarah Kanan MACA dinaikkan pangkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Op Mulia: KDN sita 6,620 teks berkaitan al-Quran

Astro AWANI
Astro AWANI
17/04/2026
11:31 MYT
Op Mulia: KDN sita 6,620 teks berkaitan al-Quran
Saifuddin Nasution ketika sidang media sempena Program Pemurnian Al-Quran KDN yang diadakan di perairan berhampiran Pelabuhan Klang hari ini. -Gambar Astro AWANI.
Sebanyak 6,620 unit teks dan bahan berkaitan al-Quran telah disita kerana melanggar peruntukan undang-undang hasil pemeriksaan yang dijalankan sepanjang tempoh 1 Januari hingga 31 Mac lalu.
Operasi penguatkuasaan itu melibatkan pemeriksaan ke atas 1,758 premis, dengan nilai keseluruhan tindakan mencecah RM378,171.92.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, tindakan berkenaan merupakan sebahagian daripada pelaksanaan Op Mulia yang digerakkan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK), Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Menurut beliau, penguatkuasaan dijalankan secara berterusan bagi memastikan semua teks dan bahan al-Quran yang berada di pasaran mematuhi standard serta piawaian ditetapkan.
“Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan bertanggungjawab mengambil tindakan sekiranya terdapat naskhah atau mushaf al-Quran yang mempunyai kesilapan atau tidak mematuhi piawaian pihak berkuasa agama.
“Sebarang perubahan, walaupun melibatkan satu baris atau huruf, boleh membawa maksud yang berbeza. Oleh itu, aspek integriti mushaf al-Quran mesti dipelihara,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa sidang media sempena Program Pemurnian Al-Quran KDN yang diadakan di perairan berhampiran Pelabuhan Klang, pada Jumaat.
Dalam tempoh yang sama, Saifuddin Nasution memaklumkan, sebanyak 44 kertas siasatan telah dibuka bagi tujuan tindakan lanjut, termasuk pendakwaan atau pengenaan kompaun.
Tambah beliau, penguatkuasaan tidak terhad kepada bahan bercetak sahaja, sebaliknya turut meliputi mushaf dalam bentuk digital dan audio, termasuk yang dipasarkan melalui platform e-dagang.
“Semua bentuk bahan ini tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa yang terdiri daripada pakar serta ilmuwan Islam yang menilai kandungan secara menyeluruh.
“Malah, mushaf yang mempunyai kod bar turut dipantau bagi memastikan ketepatan serta kelulusan kandungannya,” ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, beliau menegaskan bahawa semua usaha penguatkuasaan tersebut dilaksanakan selaras dengan peruntukan Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986.
“KDN akan terus komited melaksanakan penguatkuasaan dan kawal selia secara berterusan bagi memastikan kesucian al-Quran sentiasa terpelihara,” katanya.
Topic Berkaitan
#Al-Quran
#Ops Mulia
#KDN
#pihak berkuasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan