awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

OpenAI tuduh DeepSeek tiru model AI melalui teknik sulingan

Amanz
Amanz
16/02/2026
04:13 MYT
OpenAI tuduh DeepSeek tiru model AI melalui teknik sulingan
DeepSeek didakwa menggunakan kaedah terselindung untuk mengakses model AI AS, kemudian memanfaatkan outputnya bagi melatih model baharu mereka. -Foto fail/Amanz
OPENAI menuduh syarikat kecerdasan buatan China, DeepSeek, meniru model AI milik Amerika Syarikat (AS) melalui penggunaan teknik sulingan (distillation) dan kaedah memintas sekatan akses, menurut satu memo yang dihantar kepada Jawatankuasa Pilihan Dewan Perwakilan AS mengenai Persaingan Strategik dengan Parti Komunis China.
Memo bertarikh 12 Feb itu mendakwa DeepSeek menggunakan kaedah terselindung untuk mengakses model AI A.S., kemudian memanfaatkan outputnya bagi melatih model baharu mereka.
OpenAI mendakwa telah mengesan akaun berkaitan kakitangan DeepSeek yang cuba memintas kawalan keselamatan dengan menggunakan pelayan proksi serta router pihak ketiga bagi menyembunyikan lokasi sebenar. Usaha itu, menurut OpenAI, membolehkan DeepSeek memperoleh output model untuk tujuan sulingan secara automatik dan berskala besar.
Teknik ini membolehkan model baharu "mewarisi" pola dan tingkah laku model matang tanpa perlu mengakses kod dalaman secara langsung.
DeepSeek sebelum ini mencetuskan perhatian global apabila model-model seperti DeepSeek‑V3 dan R1 menunjukkan prestasi hampir menyamai model termaju Amerika, walaupun firma itu mendakwa latihan model mereka dilakukan dengan kos lebih rendah.
Namun, OpenAI berhujah bahawa kejayaan tersebut mungkin hasil "free‑ride" ke atas model frontier AS, sekali gus menjejaskan pulangan pelaburan syarikat-syarikat yang telah melabur berbilion dolar dalam prasarana AI.
Memo itu turut memberi amaran bahawa peniruan melalui sulingan besar-besaran boleh menyebabkan isu keselamatan kerana langkah keselamatan terbina dalam model asal tidak semestinya berpindah ke model tiruan.
Terdapat juga kebimbangan geopolitik kerana model yang disuling mungkin menyimpan ciri-ciri penyensoran atau tingkah laku sensitif lain yang sejajar dengan dasar negara tertentu.
Laporan Bloomberg dan Reuters menyatakan bahawa beberapa respons DeepSeek didapati menyekat topik politik sensitif seperti Taiwan dan Tiananmen.
Reaksi dalam talian pula bercampur antara skeptikal dan sinis.
Ada yang mentertawakan OpenAI kerana dituduh bersikap hipokrit, memandangkan syarikat itu sendiri sebelum ini dikritik kerana menggunakan karya intelek daripada pelbagai sumber tanpa kebenaran bagi melatih modelnya.
Walaupun laporan ini mencetuskan perdebatan mengenai hala tuju AI global, DeepSeek setakat ini belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tuduhan tersebut. -Amanz
Topic Berkaitan
#OpenAI
#DeepSeek
#AI distillation
#teknik penyulingan
#model AI AS
#ChatGPT
#kecerdasan buatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan