awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi hari pertama KLIA2 berjalan lancar

Bernama
Bernama
02/05/2014
13:06 MYT
Operasi hari pertama KLIA2 berjalan lancar
Terminal tambang rendah baharu Malaysia, KLIA2. -Gambar Fail
Operasi di terminal tambang rendah baharu Malaysia, KLIA2, bermula dengan lancar hari ini dengan 42 penerbangan dan kira-kira 6,300 penumpang yang tiba dan berlepas sehingga pukul 5.00 petang hari ini.
Malaysia Airports dalam satu kenyataan berkata syarikat penerbangan yang telah memulakan operasi di KLIA2 ialah Malindo Air, Cebu Pacific Airways, Lion Air dan TigerAir.
Daripada 42 penerbangan itu, 28 ialah daripada Malindo Air, Lion Air dan TigerAir (enam) dan Cebu Pacific (dua), kata pengendali lapangan terbang itu.
AirAsia, AirAsia X, Indonesia AirAsia, Thai AirAsia dan AirAsia Zest akan memulakan operasi di KLIA2 mulai 9 Mei.
Malaysia Airports berkata para penumpang dinasihatkan menghubungi syarikat penerbangan masing-masing lebih awal bagi mengesahkan butiran terperinci penerbangan mereka, terutamanya terminal berlepas dan ketibaan bagi mengelakkan sebarang masalah.
Para penumpang juga dinasihatkan membuat pengurusan masa yang sebaiknya bagi memastikan mereka tiba di terminal tepat pada masa bagi penerbangan.
Topic Berkaitan
#KLIA
#Malaysia Airports
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan