awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi pencarian remaja dikhuatiri lemas jatuh sungai diteruskan

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
10/02/2025
01:40 MYT
Operasi pencarian remaja dikhuatiri lemas jatuh sungai diteruskan
Tindakan penyelamatan dilakukan dengan membuat pencarian di permukaan air dan penyelaman oleh Pasukan PPDA di lokasi mangsa dilaporkan terjatuh. - Foto JBPM Kedah
PENDANG: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang pelajar lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Padang Terap di Titi Chegar, di sini, bersambung hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pendang, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Ezzat Emran Ezani berkata, operasi diteruskan bermula jam 8 pagi tadi dengan kekuatan enam anggota dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Jitra.
“Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan melalui bilik kawalan BBP Pendang berhubung seorang mangsa dikhuatiri lemas di dalam sungai pada Ahad jam 7.16 malam.
“Sebaik tiba di lokasi anggota menemui sebuah motosikal jenis Modenas Kriss berada dalam sungai berkenaan.
“Berdasarkan maklumat daripada saksi kejadian memaklumkan, mangsa adalah remaja lelaki berusia anggaran 17 tahun yang juga pelajar sebuah sekolah agama,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Muhammad Ezzat Emran berkata, tindakan penyelamatan dilakukan dengan membuat pencarian di permukaan air dan penyelaman oleh Pasukan PPDA di lokasi mangsa dilaporkan terjatuh.
Topic Berkaitan
#remaja jatuh sungai
#operasi mencari dan menyelamat
#sungai padang terap
#JBPM Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan