awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aplikasi pemesejan XChat diperkenal, saingi WhatsApp dan Telegram
Tentera Darat AS perkenal inisiatif AI bantu anggota ketika operasi di lapangan
Liga Super: Pengadil tiup wisel awal, barisan kejurulatihan Selangor minta penjelasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi SAR anggota bomba sukarela dikhuatiri lemas disambung pagi ini

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
08/03/2026
23:53 MYT
Operasi SAR anggota bomba sukarela dikhuatiri lemas disambung pagi ini
Anggota bomba menguji kedalaman kawasan yang dipercayai lokasi mangsa terjatuh, dalam kejadian di Bandar Baru Lahat Mines, Ipoh, malam tadi. - Foto JBPM Perak.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang anggota bomba sukarela yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh bot malam tadi, disambung semula jam 8 pagi ini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad memaklumkan, operasi akan dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA).
Menurutnya, pasukan itu akan menyelam bagi pencarian mangsa antara 100 dan 150 meter dari tebing, dengan kedalaman 15 meter, di tempat mangsa dipercayai tenggelam.
“Mereka telah membuat tinjauan di lokasi kejadian dengan membuat ujian kedalaman air di lokasi dipercayai mangsa tenggelam, malam tadi,” katanya dalam kenyataan di sini.
Dalam kejadian itu, mangsa, Jun Cheng Siew, 25 tahun, ahli Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Menglembu, sedang menjalankan aktiviti latihan dan pengujian bot di tasik di Bandar Baru Lahat Mines, Lahat.
Sabarodzi berkata, latihan bermula pada jam 4 petang melibatkan seramai 16 anggota PBS, masing-masing tujuh daripada PBS Menglembu dan PBS Pekan Baru serta dua daripada PBS Pasir Pinji, dengan menggunakan tiga buah bot.
Katanya, pada peringkat awal latihan, mangsa dimaklumkan memakai Personal Flotation Device (PFD), namun setelah latihan hampir selesai sekitar jam 7.10 malam, mangsa kembali menaiki bot tanpa memakai PFD bersama-sama seorang pemandu.
Menurutnya, kedua-dua mereka dipercayai terjatuh ketika pemandu bot membuat pusingan U di tengah tasik dan pemandu bot cuba menyelamatkan mangsa namun turut terjatuh ke dalam tasik.
Ujarnya, pemandu bot kemudiannya berjaya diselamatkan oleh rakan PBS yang lain manakala mangsa dipercayai telah tenggelam ke dalam tasik.
Menurutnya, jarak mangsa dipercayai terjatuh dianggarkan kira-kira 150 meter dari tebing.
Topic Berkaitan
#tenggelam
#lemas
#Bomba sukarela
#tasik
#Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan