awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi SAR helikopter hilang di Batang Lupar

Astro Awani
Astro Awani
06/05/2016
00:57 MYT
Operasi SAR helikopter hilang di Batang Lupar
Beberapa anggota bomba dan penyelamat merangka pelan SAR yang disambung pagi Jumaat. - Foto Astro AWANI
Sejumlah 24 anggota daripada Balai Bomba Samarahan, Kuching dan Simunjan memulakan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) penumpang helikopter jenis Eurocopter AS350 Ecureuil yang masih gagal dikesan.
Helikopter itu dipercayai membawa beberapa kenamaan yang hilang sejak petang semalam.
Menurut Ketua Operasi yang juga Penguasa Kanan Bomba Zon Samarahan, Azman Julaihi, dengan radius pencarian sepanjang 10 kilometer, gerakan mencari tertumpu di sekitar kawasan pantai dan muara Batang Lupar sehingga ke kawasan Linggi.
Jelasnya, disebabkan kedudukan sebenar helikopter masih tidak diperoleh, pasukan bomba dan penyelamat akan melakukan pencarian di seluruh kawasan berpotensi.
Antara aset yang digunakan adalah tiga bot milik pasukan Storm dan penyelam bomba.
Seawal jam 5 pagi tadi, pusat operasi di jeti feri Triso, Sebuyau dibuka.
Sementara itu, sehingga pagi ini, pihak berkuasa belum menamakan secara rasmi penumpang helikopter terbabit atau mengesahkan senarai nama yang diviralkan sejak pesawat berkenaan dilaporkan hilang malam tadi.
Topic Berkaitan
#Batang Lupar
#helikopter hilang
#misi SAR
#PDRM
#polis
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan