awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar adakan lawatan ke Terengganu hari ini
Buat pertama kali dalam sejarah, jurulatih wanita kendali kelab Bundesliga
Konflik Asia Barat: Hezbollah dakwa lancar 43 serangan terhadap posisi tentera Israel
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi SAR kesan lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Pisang diperluas lapan km

Bernama
Bernama
14/02/2023
02:20 MYT
Operasi SAR kesan lelaki dikhuatiri lemas di Sungai Pisang diperluas lapan km
Ahad lepas, seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Batu 12, Sungai Pisang di Gombak di sini, manakala rakannya terselamat. - Foto JBPM Selangor
KUALA LUMPUR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di Sungai Pisang, Batu 12, Gombak, di sini, Ahad lepas, kini diperluaskan kepada radius lapan kilometer.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Datuk Norazam Khamis berkata bomba kini memfokuskan pencarian ke tempat takungan air berkumpul dari lokasi kejadian.
"Operasi SAR hari ini bagi mencari mangsa disertai 15 anggota bomba dan bermula pada 8 pagi tadi, kami mengharapkan agar mangsa segera ditemukan," katanya kepada Bernama hari ini.
Ahad lepas, seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Batu 12, Sungai Pisang di Gombak di sini, manakala rakannya terselamat.
Sementara itu, tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati laluan orang awam ke Sungai Pisang untuk beriadah ditutup dan dikawal ketat pihak polis, susulan operasi SAR berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lemas
#Sungai Pisang
#operasi sar
#Norazam Khamis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan