awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operator kilang parah ditetak ketika beli laksa

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
31/08/2021
10:04 MYT
Operator kilang parah ditetak ketika beli laksa
Menurut saksi, mangsa ditetak di tepi jalan semasa berlari dan terjatuh ke atas tanah sebelum diserang lagi oleh suspek. - Gambar/ Media sosial
NIBONG TEBAL: Seorang operator kilang parah selepas diserang dan ditetak enam lelaki tidak dikenali dalam kejadian di gerai makanan di Pasar Malam Taman Merak, Simpang Ampat, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira kira jam 7 malam itu, mangsa berusia 25 tahun diserang semasa membeli laksa di sebuah gerai makanan di situ.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, mangsa mengalami kecederaan pada beberapa bahagian badan termasuk belakang kepala, tapak tangan dan paha.
Chong Chern berkata, mangsa yang diserang suspek bertopeng berlari masuk ke dalam kawasan perniagaan tapak pasar malam.
Katanya, menurut saksi, mangsa ditetak di tepi jalan semasa berlari dan terjatuh ke atas tanah sebelum diserang lagi oleh suspek.
"Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sungai Bakap sebelum dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya, dan berada dalam keadaan kritikal selepas kehilangan banyak darah," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Chong Chern berkata, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan.
Kejadian berkenaan tular selepas rakaman video seorang lelaki terbaring berlumuran darah selepas ditetak dimuat naik di media sosial.
Topic Berkaitan
#operator kilang
#ditetak
#Tular
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan