awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Oracle buang 30,000 pekerja menerusi emel awal pagi, fokus dana kepada AI

Astro AWANI
Astro AWANI
02/04/2026
00:34 MYT
Oracle buang 30,000 pekerja menerusi emel awal pagi, fokus dana kepada AI
Langkah pengurangan besar-besaran itu dianggarkan akan menjana aliran tunai tambahan sehingga AS$10 bilion. - Foto REUTERS
Gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS), Oracle, memecat kira-kira 30,000 kakitangan di seluruh dunia dalam satu penstrukturan drastik yang bertujuan menyalurkan berbilion dolar kepada pelaburan kecerdasan buatan (AI).
Pemecatan itu melibatkan hampir 19 peratus daripada tenaga kerja global Oracle dan dimaklumkan kepada kakitangan terjejas melalui emel seawal jam 6 pagi.
Dalam emel berkenaan, syarikat memaklumkan langkah itu dibuat susulan “perubahan organisasi yang lebih meluas”.
“Selepas pertimbangan teliti terhadap keperluan perniagaan semasa Oracle, kami telah membuat keputusan untuk menamatkan peranan anda sebagai sebahagian daripada perubahan organisasi yang lebih luas,” menurut kandungan emel itu seperti dilaporkan Business Insider.
“Berkuat kuasa hari ini, ini merupakan hari terakhir anda bekerja.”
Langkah pengurangan besar-besaran itu dianggarkan akan menjana aliran tunai tambahan sehingga AS$10 bilion (sekitar RM40.2 bilion), yang dijangka akan digunakan untuk membiayai pembangunan pusat data dan operasi berkaitan AI.
Pengurus Operasi Kanan Oracle, Michael Shepherd, mengesahkan berlakunya “pengurangan ketara” kakitangan dan menyatakan ramai rakan sekerjanya terkesan.
Dalam satu hantaran di LinkedIn, beliau menegaskan kakitangan yang diberhentikan tidak berdepan pemecatan kerana prestasi.
“Mereka yang terjejas bukan diberhentikan kerana apa-apa kesilapan. Mereka ialah individu yang sentiasa tampil apabila berlaku masalah kritikal, tiba awal, pulang lewat dan memiliki pengetahuan organisasi yang dibina selama bertahun-tahun,” katanya.
Shepherd turut menyatakan pasaran pekerjaan kini menerima kemasukan besar bakat berpengalaman termasuk jurutera, arkitek, pengurus program dan pakar teknologi.
Beliau menggesa industri supaya mempertimbangkan golongan terbabit.
Ratusan bekas kakitangan Oracle telah menggunakan platform LinkedIn untuk mengumumkan pemergian mereka secara mengejut dan berkongsi pengalaman masing-masing.
Oracle, yang terkenal sebagai penyedia perisian pengurusan pangkalan data, kini menggaji kira-kira 162,000 pekerja di seluruh dunia.
Syarikat itu diasaskan di Santa Clara, California, sebelum memindahkan ibu pejabatnya ke Austin, Texas pada 2020. Ia merekodkan hasil tahunan kira-kira AS$18 bilion.
Oracle enggan mengulas lanjut apabila dihubungi media berhubung langkah pemberhentian besar-besaran itu.
Topic Berkaitan
#Oracle
#pecat pekerja
#AI
#perubahan organisasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan