awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Oracle mulakan proses buang sehingga 30,000 pekerja global

Astro AWANI
Astro AWANI
01/04/2026
03:10 MYT
Oracle mulakan proses buang sehingga 30,000 pekerja global
Dianggarkan antara 20,000 hingga 30,000 kakitangan atau bersamaan 18 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja global akan terjejas dalam pusingan pemberhentian terbaharu itu. -Gambar fail
Gergasi teknologi Oracle dilapor memulakan proses pemberhentian ribuan pekerja di peringkat global menerusi e-mel pemecatan yang dihantar seawal jam 6 pagi semalam tanpa sebarang notis awal.
Dianggarkan antara 20,000 hingga 30,000 kakitangan atau bersamaan 18 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja global akan terjejas dalam pusingan pemberhentian terbaharu itu, lapor Amanz.
Menerusi maklum balas dalam e-mel berkenaan, Oracle menyatakan pengurangan tersebut dilakukan bagi memenuhi keperluan perniagaan serta sebahagian daripada perubahan organisasi syarikat yang lebih luas.
Walau bagaimanapun, langkah drastik itu dipercayai bertujuan menjimatkan kos sehingga AS$10 bilion (kira-kira RM40.3 bilion) bagi membiayai pelaburan besar syarikat dalam pembangunan pusat data kecerdasan buatan (AI).
Oracle ketika ini dilaporkan sedang menanggung hutang baharu berjumlah AS$58 bilion (kira-kira RM234 bilion) untuk membina infrastruktur AI, selain berdepan kejatuhan nilai saham melebihi 50 peratus sejak September tahun lalu.
Situasi ini menyaksikan pelaburan besar bagi menyokong projek pusat data AI OpenAI menjadi punca utama kehilangan pekerjaan dalam kalangan kakitangan manusia di syarikat tersebut.
Aliran pemberhentian kerja dalam sektor teknologi kebelakangan ini sering dikaitkan dengan peralihan tumpuan syarikat kepada automasi dan integrasi teknologi AI.
Topic Berkaitan
#Oracle
#pemberhentian pekerja
#AI
#OpenAI
#pusat data
#syarikat teknologi
#tenaga kerja global
#ekonomi digital
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan