awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang Asli suku kaum Batek dikebumikan secara adat

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
10/06/2019
01:29 MYT
Orang Asli suku kaum Batek dikebumikan secara adat
Sejak beberapa tahun lalu, lebih 150 orang masyarakat Orang Asli di Kampung Kuala Koh terpaksa menggunakan air sungai untuk keperluan harian dan meneruskan kehidupan. - Foto BERNAMA
Penduduk Orang Asli suku kaum Batek yang tinggal di Kampung Kuala Koh, Pos Lebir Gua Musang, Kelantan mendakwa telah berlaku 14 kematian melibatkan kaum itu di kampung mereka.
Penghulu kampung itu, Raina Anjang berkata, kebanyakan mayat penduduk telah dikebumikan secara adat di kawasan hutan termasuklah menggantungnya di atas pokok mengikut kepercayaan mereka.
"Kebanyakan di sini ada satu kampung terlibat sakit. Saya terkejut satu kampung demam. Yang mati kiranya ada 15 orang, dua orang kebumi. 13 secara adat. Kelmarin ada kematian kebetulan saya nak ambil senarai kematian, terus saya lapor polis dan buat bedah siasat," kata Raina ketika ditemui pada Ahad.
Menurut seorang penduduk, Osman Ali, ini merupakan situasi paling teruk dihadapi penduduk kampung.
"Ini paling teruk. Dulu tidak seteruk ini. Selama ini sudah 30 tahun duduk sini. Kecil sampai besar. Sakit ini, tahun ini teruk sekali, dahulu tidak teruk setahun sorang, pergi klinik apa," kata Osman.
Sejak beberapa tahun lalu, lebih 150 orang masyarakat Orang Asli di Kampung Kuala Koh terpaksa menggunakan air sungai untuk keperluan harian dan meneruskan kehidupan walaupun mengetahui sungai mereka telah berlaku pencemaran.
Walaupun sebelum ini pihak Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) menyediakan kemudahan tangki air bersih, namun ianya tidak berfungsi.
Sejak beberapa tahun lalu bukan sahaja air sungai berdekatan dengan perkampungan mereka itu bertukar warna dan kotor, tetapi air tadahan penduduk juga turut terjejas.
Berdasar laporan yang diterima setakat ini, 14 mangsa meninggal dunia sejak awal Mei lepas.
Terbaharu, seorang lagi mangsa meninggal dunia pagi Ahad di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.
Topic Berkaitan
#air
#Gua Musang
#Kampung Kuala Koh
#kematian misteri
#mati
#mayat
#meninggal dunia
#Orang Asli
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan