awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Jenayah' serius, sampai sekarang kita tak tahu siapa - Presiden Persatuan Bolasepak Cina Malaysia
JLKN tingkat jumlah pelatih PLKN 3.0 Siri 2 2026, tambah sebuah pusat latihan baharu
Pemimpin Agung Iran dalam keadaan sihat, tadbir negara sepenuhnya - Menteri Luar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang muda diingat jangan sebar fitnah, perang sesama sendiri - Saarani

Astro AWANI
Astro AWANI
15/03/2026
12:32 MYT
Orang muda diingat jangan sebar fitnah, perang sesama sendiri - Saarani
Saarani berkata individu perlu memikul tanggungjawab dalam menjaga nikmat keamanan yang ada ketika ini. - Gambar fail
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menasihati golongan muda atau belia supaya tidak sewenang-wenangnya menyebarkan fitnah melalui aplikasi pesanan ringkas atau media sosial bagi memastikan keharmonian dan keamanan negara terus terpelihara.
Beliau berkata individu perlu memikul tanggungjawab dalam menjaga nikmat keamanan yang ada ketika ini, memandangkan tidak semua umat Islam di dunia berpeluang berbuka puasa dalam keadaan tenang tanpa bimbang akan ancaman peperangan.
"Selalu saya ingatkan, dalam poket kita ada telefon bimbit, tetapi saya katakan, dalam telefon bimbit itu ada peluru, ada racun. Kalau kita buka WhatsApp (aplikasi), pastikan kandungan WhatsApp itu adalah kandungan yang betul.
“Bukan fitnah, jangan mudah sebarkan fitnah itu, semak dulu, kalau bukan maklumat benar, jangan sebarkan. Orang muda perlu menjadi kumpulan yang pengasih, kumpulan pendamai, dan kumpulan pemaaf,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Anak Muda Bersama Menteri Besar Perak di pekarangan Dataran Ipoh, di sini hari ini.
Sementara itu, Saarani turut mengingatkan rakyat agar tidak "berperang" sesama sendiri menerusi perbalahan meskipun negara buat masa ini tidak menghadapi ancaman ketenteraan secara langsung daripada pihak luar.
“Orang Iran barangkali tak nak perang tetapi orang Amerika Syarikat memerangi dia, orang Palestin tak nak perang tetapi orang Israel memeranginya. Malaysia ini tak ada siapa nak perang dengan kita dan kita jangan perang sesama sendiri,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Saarani Mohamad
#orang muda
#fitnah
#perang
#tanggungjawab
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan