awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
APMM Selangor tahan 12 pendatang tanpa izin di pesisir Pantai Batu Laut
Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi - Fadillah
Malaysia catat 3.36 juta ancaman siber berasaskan web pada 2025 - Kaspersky
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Orang ramai dinasihat kurangkan aktiviti luar rumah berikutan cuaca panas di Kedah

Bernama
Bernama
23/03/2026
02:22 MYT
Orang ramai dinasihat kurangkan aktiviti luar rumah berikutan cuaca panas di Kedah
Orang ramai boleh terdedah kepada suhu panas yang tinggi hingga boleh menyebabkan strok haba. - Gambar hiasan
Orang ramai terutamanya di Kedah dinasihatkan untuk mengehadkan aktiviti luar rumah dan mengurangkan pendedahan kepada cahaya matahari terik berikutan fenomena cuaca panas yang melanda sebahagian besar negara ketika ini.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri Mansor Zakaria berkata berdasarkan maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), daerah Padang Terap berada pada tahap dua (gelombang haba) dengan suhu mencecah antara 37 hingga 40 darjah Celsius.
“Cuaca di Kedah panas berbanding negeri lain kerana kita tidak menerima hujan dalam tempoh lebih sebulan. Jadi, saya ingin nasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti di luar rumah termasuk kunjung-mengunjung pada Aidilfitri ini atau aktiviti riadah yang lain.
“Saya bimbang orang ramai boleh terdedah kepada suhu panas yang tinggi hingga boleh menyebabkan strok haba. Minum air kosong dalam jumlah yang banyak bagi mengelakkan hidrasi, jangan minum air manis kerana ia akan menyebabkan kita menjadi lebih haus,” katanya kepada Bernama hari ini.
Dalam pada itu, Mansor turut menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan pembakaran terbuka yang boleh menyumbang kepada peningkatan suhu panas yang lebih tinggi di negeri ini.
“Jangan lakukan pembakaran sampah secara tidak terkawal, cuaca kering sekarang boleh menyebabkan kebakaran merebak dengan pantas. Keadaan paras air di sungai dan empangan di negeri ini juga semakin surut, jadi elakkan pembaziran air.
“Ada kawasan yang berdepan masalah tiada air, jangan membazir. Simpan air yang mencukupi, guna ikut keperluan kerana apabila tiada air, ia boleh menjejaskan kelangsungan kehidupan kita semua,” katanya.
MetMalaysia dalam kenyataan turut memaklumkan 14 kawasan di Semenanjung berada pada tahap satu iaitu berjaga-jaga termasuk di daerah Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena, Kubang Pasu, Langkawi, Kuala Muda dan Bandar Baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#cuaca panas
#strok haba
#aktiviti luar rumah
#Mansor Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan