awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuti umum tambahan bebankan perniagaan, Samenta gesa pinda Akta Hari Kelepasan
Oscars 2026: Javier Bardem seru ‘No to War, Free Palestine’
Digg tutup sementara operasi selepas dua bulan pelancaran semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Oscars 2026: One Battle After Another ditabal Filem Terbaik

Astro AWANI
Astro AWANI
16/03/2026
02:59 MYT
Oscars 2026: One Battle After Another ditabal Filem Terbaik
Karyawan One Battle After Another meraikan kejayaan filem berkenaan pada Anugerah Akademi ke-98 yang berlangsung di Los Angeles, Amerika Syarikat, hari ini. - Gambar Reuters
Filem “One Battle After Another” muncul antara pemenang terbesar pada Anugerah Akademi ke-98 apabila meraih trofi Filem Terbaik, manakala pengarahnya Paul Thomas Anderson turut dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik.
Kemenangan berganda itu menandakan detik penting dalam kerjaya Anderson yang sebelum ini pernah beberapa kali dicalonkan di Oscar menerusi karya seperti There Will Be Blood, Phantom Thread dan Licorice Pizza.
Dalam kategori lakonan pula, Michael B. Jordan diumumkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Sinners.
Bagi kategori pelakon pembantu, Sean Penn memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi One Battle After Another, manakala Amy Madigan meraih Pelakon Pembantu Wanita Terbaik bagi filem Weapons.
Sementara itu, filem animasi “KPop Demon Hunters” memenangi kategori Filem Animasi Terbaik, selain lagu temanya “Golden” turut diumumkan sebagai pemenang Lagu Asal Terbaik.
Anugerah Akademi yang dianjurkan oleh Academy of Motion Picture Arts and Sciences sejak tahun 1929 kekal sebagai pengiktirafan paling berprestij dalam industri perfileman global, dengan pemenang dipilih oleh ribuan ahli akademi dari seluruh dunia.
Topic Berkaitan
#Oscars 2026
#Anugerah Akademi
#One Battle After Another
#Michael B. Jordan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan