awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca sejuk melampau di New York City ragut 18 nyawa
SpaceX lancar kumpulan baharu satelit Starlink
Raja Charles sedia bantu polis siasat dakwaan Andrew kongsi dokumen sulit dengan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

P. Pinang mula beri dos penggalak Sinovac pada Disember

Bernama
Bernama
30/11/2021
04:58 MYT
P. Pinang mula beri dos penggalak Sinovac pada Disember
Kerajaan negeri memilih pendekatan itu kerana terdapat penerima yang enggan menerima vaksin jenis Pfizer sebagai dos penggalak kerana telah menerima Sinovac untuk dos pertama dan kedua. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Pulau Pinang akan mula memberikan vaksin COVID-19 jenis Sinovac sebagai suntikan dos penggalak pada Disember ini sebagai langkah meningkatkan jumlah penerima dos penggalak di negeri itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri Dr Norlela Ariffin berkata kerajaan negeri memilih pendekatan itu kerana terdapat penerima yang enggan menerima vaksin jenis Pfizer sebagai dos penggalak kerana telah menerima Sinovac untuk dos pertama dan kedua.
"Sinovac dan AstraZeneca baru-baru ini telah diluluskan sebagai vaksin dos penggalak. Pulau Pinang mempunyai lebih kurang 200,000 dos vaksin Sinovac dan kita akan mula memberi vaksin ini kepada mereka yang menolak vaksin Pfizer pada bulan Disember akan datang," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Gooi Hsiao-Leung (PKR-Bukit Tengah) tentang perancangan kerajaan negeri untuk mempercepatkan pelaksanaan suntikan dos penggalak vaksin COVID-19 untuk warga Pulau Pinang.
Norlela berkata sehingga 29 Nov, jumlah penerima dos penggalak di Pulau Pinang berjumlah 84,541 orang, iaitu antara lima negeri terendah yang penduduknya telah menerima suntikan tersebut walaupun pelbagai pendekatan telah dilaksanakan.
Beliau berkata Jabatan Kesihatan negeri sedang bekerjasama dengan pihak ProtectHealth Corporation Sdn Bhd bagi meningkatkan penglibatan fasiliti swasta dari segi bilangan dan juga penambahan dos di fasiliti yang sedang melaksanakan pemberian dos penggalak.
Katanya setakat 24 Nov, terdapat 86 klinik swasta, lapan hospital swasta dan tiga pusat pemberian vaksin yang menawarkan suntikan dos penggalak.
Bagi meningkat jumlah pemberian suntikan dos penggalak COVID-19, Norlela turut mencadangkan para Ahli DUN untuk mengemukakan dewan yang boleh digunakan di kawasan masing-masing serta membantu dari segi mengurangkan kos penggunaan dewan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dos penggalak
#Vaksin Sinovac
#Dr Norlela Ariffin
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan