awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
Tun Dr Ling Liong Sik diberikan penghormatan terakhir hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

P. Pinang teruskan Pas Mutiara dengan peruntukan RM7.5 juta

Bernama
Bernama
20/12/2023
03:54 MYT
P. Pinang teruskan Pas Mutiara dengan peruntukan RM7.5 juta
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meneruskan pembiayaan Pas Mutiara tahun depan dengan jumlah peruntukan RM7.5 juta susulan sambutan memberangsangkan. - Gambar BERNAMA
GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan meneruskan pembiayaan Pas Mutiara tahun depan dengan jumlah peruntukan RM7.5 juta susulan sambutan memberangsangkan.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berkata, semua perkhidmatan pengangkutan awam di bawah seliaan bas Rapid Penang akan kekal percuma di seluruh negeri dengan penggunaan pas tersebut.
"Kerajaan negeri merupakan satu-satunya kerajaan yang membiayai sepenuhnya kos pengangkutan awam melalui penajaan Pas Mutiara demi menggalakkan rakyat untuk menukar mod pengangkutan daripada kenderaan persendirian ke pengangkutan awam dan mengurangkan kos sara hidup mereka.
"Secara tidak langsung, dengan penajaan langganan Pas Mutiara My50 ini juga pengguna bakal meraih penjimatan kos seperti petrol, parkir dan tol yang jauh lebih tinggi setiap bulan," katanya.
Program penajaan Pas Perjalanan Tanpa Had atau lebih dikenali sebagai Pas Mutiara itu bermula sejak 1 Mac 2021.
Beliau berkata, setakat ini sebanyak RM16.5 juta telah diperuntukkan khusus untuk inisiatif itu yang semakin mendapat sambutan dengan peningkatan jumlah pembelian dan pembaharuan serta bilangan penumpang. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pas Mutiara
#Kerajaan Negeri Pulau Pinang
#bas Rapid Penang
#Zairil Khir Johari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan