awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAC merajuk dengan sikap segelintir pengamal media - Hasan

Astro Awani
Astro Awani
19/11/2015
02:59 MYT
PAC merajuk dengan sikap segelintir pengamal media - Hasan
Kenyataan itu juga menyebut sebarang maklumat yang hendak atau perlu diberitahu kepada media akan dimaklumkan melalui kenyataan rasmi. - Gambar Fail
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Hasan Ariffin kesal dengan segelintir pengamal media yang melaporkan kenyataan berselorohnya ketika sidang media PAC di Parlimen.
Dalam satu kenyataan hari ini, Hasan memaklumkan rasa dukacitanya kerana usaha mewujudkan suasana mesra di kalangan pengamal media tidak dihargai segelintir petugas media.
Jelasnya, walaupun beliau hanya bergurau kepada pihak media ketika satu sidang akhbar yang diadakan pada 18 November sebelum keluar makan meminta supaya ia tidak ditulis, namun ada segelintir di kalangan pengamal media yang bertindak di luar jangkaan dengan melaporkannya di portal berita dan akhbar.
Sehubungan itu, bermula pada Mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen Malaysia pada 23 November 2015, PAC tidak akan mengadakan sebarang sidang akhbar lagi di Parlimen.
Kenyataan itu juga menyebut sebarang maklumat yang hendak atau perlu diberitahu kepada media akan dimaklumkan melalui kenyataan rasmi.
Pada sidang media semalam, Hasan dilaporkan berkata: 'janganlah, saya pun nak cari makan juga' ketika diasak soalan sama ada PAC akan memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau yang tidak menjelaskan maksud terperinci apa yang dikatakan, telah menyebabkan beberapa portal berita melaporkan perkara tersebut dengan tafsiran berbeza.
Pada sidang media sama, Hasan menyatakan tiada keperluan untuk pihaknya memanggil Najib untuk memberi keterangan kepada jawatankuasa tersebut berhubung siasatan 1Malaysia Developmenet Berhad (1MDB).
Malah, katanya isu RM2.6 bilion ringgit tiada langsung kaitan dengan 1MDB.
Topic Berkaitan
#Hasan Ariffin
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#PAC
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan