awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah rogol dua anak saudara, pemandu dihukum penjara 48 tahun

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
20/02/2017
11:17 MYT
Padah rogol dua anak saudara, pemandu dihukum penjara 48 tahun
Bapa kepada seorang anak yang berusia 44 tahun mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Nazri Ismail. - Foto Astro AWANI
Seorang pemandu jentera berat dijatuhi hukuman penjara 48 tahun dan 50 sebatan selepas mengaku salah atas lima tuduhan merogol dua anak saudaranya dua tahun lalu.
Tertuduh yang berusia 44 tahun mengaku bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Nazri Ismail.
Dia dituduh merogol anak saudaranya berusia 15 dan 16 tahun ketika kejadian di sebuah rumah di kampung Banggol Pak Esah, Pasir Puteh antara jam 7 pagi hingga 8 pagi, pada Ogos 2015.
Bapa kepada seorang anak itu juga didakwa merogol mangsa sama berusia 16 tahun di tempat sama antara jam 7 hingga 8 pagi, November 2015.
Pertuduhan seterusnya, lelaki itu didakwa merogol mangsa sama berusia 15 tahun dan 16 tahun di tempat yang sama antara jam 7 hingga 8 pagi, masing-masing pada September dan Oktober 2015.
Pendakwaan dibuat mengikut seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak kurang 10 sebatan.
Terdahulu, timbalan pendakwa raya, Siti Hajar Alias memohon hukuman berat kepada tertuduh kerana mengambil kesempatan terhadap dua anak saudaranya yang naif dan sepatutnya lelaki itu melindungi mereka.
Topic Berkaitan
#Kanum Keseksaan
#mangsa rogol
#Pasir Putih
#rogol anak saudara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan