awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang batal kelulusan kawasan pembalakan seluas 40.47 hektar di Bukit Makro

Bernama
Bernama
15/02/2022
06:48 MYT
Pahang batal kelulusan kawasan pembalakan seluas 40.47 hektar di Bukit Makro
JPNP telah mengarahkan semua aktiviti prapembalakan di kawasan itu dihentikan selain semua jentera terlibat dikeluarkan. - Gambar hiasan
KUANTAN: Jabatan Perhutanan Pahang (JPNP) mengesahkan kerajaan negeri telah membatalkan kelulusan kawasan pembalakan seluas 40.47 hektar di Bukit Makro, Maran, melibatkan tanah kerajaan yang diberikan kepada Amanah Saham Pahang (ASPA) pada 17 Januari lepas.
Menurut JPNP dalam kenyataan hari ini, keputusan membatalkan kelulusan itu dibuat setelah kerajaan Pahang membuat penilaian berdasarkan analisis pascabanjir dan mengambil kira kepentingan awam.
Sehubungan itu, JPNP telah mengarahkan semua aktiviti prapembalakan di kawasan itu dihentikan selain semua jentera terlibat dikeluarkan.
JPNP memaklumkan kawasan yang diluluskan itu tidak berada dalam kawasan hutan simpan dan penilaian yang diperlukan, khususnya berkaitan impak alam sekitar telah memperoleh kelulusan daripada jabatan terlibat.
"Kerja pembalakan di kawasan itu masih belum dimulakan oleh pelesen. Hanya kerja awalan membersihkan jalan pengeluaran dan pembinaan matau utama atas tanah kerajaan sahaja yang telah dimulakan.
"Bagaimanapun, JPNP telah mengarahkan kerja itu dihentikan semasa musim tengkujuh dan banjir yang berlaku baru-baru ini," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjelaskan isu tular di Facebook sejak Ahad lepas mendesak kerajaan negeri membatalkan lesen pembalakan di hutan Bukit Makro yang didakwa diluluskan pada akhir 2020 namun dikatakan operasi pembalakan itu ditangguhkan akibat musim tengkujuh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pembalakan
#hutan pahang
#bukit makro
#pascabanjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan