awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang cadang tambah sempadan baharu Rizab Biosfera Tasik Chini

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
13/09/2022
21:45 MYT
Pahang cadang tambah sempadan baharu Rizab Biosfera Tasik Chini
Draf RKK Tasik Chini (Pengubahan) diharap menjadi panduan kepada Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa tempatan agar sebarang bentuk pembangunan di Tasik Chini dilaksanakan tanpa menjejaskan kelestarian khazanah alam. - Gambar fail/ Bernama
KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang merancang untuk menambah sempadan baharu Rizab Biosfera Tasik Chini daripada 6,951.44 hektar kepada 9,142.62 hektar.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, cadangan penambahan sempadan sebanyak 2,191.18 hektar itu merupakan salah satu daripada tujuh perkara utama di dalam Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tasik Chini (Pengubahan).
“Menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Perancang Negeri yang bersidang pada hari ini (Selasa), telah dimaklumkan berkenaan Draf Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tasik Chini (Pengubahan) yang telah siap disediakan selaras dengan peruntukan Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) serta cadangan untuk mengadakan Program Publisiti dan Penyertaan Awam pada Oktober tahun ini.
“Menerusi Draf RKK Tasik Chini (Pengubahan) ini, beberapa perkara utama telah diambil kira iaitu cadangan pengubahsuaian sempadan baharu Rizab Biosfera Tasik Chini, iaitu daripada 6,951.44 hektar kepada 9,142.62 hektar, " katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Wan Rosdy berkata, kajian RKK Tasik Chini (Pengubahan) adalah seluas 55,586.12 hektar iaitu mengambil kira threshold area.
Ujarnya, cadangan pengubahsuaian selaras dengan pewartaan baharu Hutan Simpan Kekal (HSK) Chini berkeluasan 6,502.8 hektar di bawah Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313).
"Kajian yang dilakukan juga mengambilkira rangkaian ekologi Central Forest Spine sebagai perkara utama draf berkenaan.
“Perkara Draf RKK Tasik Chini ini adalah dengan Enakmen Perbadanan Taman Negeri Pahang 2021 dan Enakmen Biodiversiti Negeri Pahang," jelasnya.
Beliau berkata, Zon Rizab Biosfera Tasik Chini meliputi Zon Utama (Core Zone), Zon Penampan (Buffer Zone) dan Zon Peralihan (Transition Zone) sebagaimana keperluan UNESCO, manakala kawasan threshold dinamakan sebagai Zon Pinggiran Biosfera.
“Cadangan pengubahsuaian strategi pengurusan alam sekitar dengan penambahbaikan kepada Pelan Sensitif Alam Sekitar dan cadangan pengubahsuaian pengurusan dan pelaksanaan.
"Kita berharap Draf RKK Tasik Chini (Pengubahan) ini akan menjadi satu panduan kepada Kerajaan Negeri dan juga pihak berkuasa tempatan agar sebarang bentuk pembangunan di Tasik Chini dilaksanakan tanpa menjejaskan kelestarian khazanah alam," katanya.
Topic Berkaitan
#Tasik Chini
#sempadan baharu
#Rizab Biosfera
#Kerajaan negeri Pahang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan