awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang mahu PBT hentikan penjualan vape selewat-lewatnya awal 2026 - Exco

Bernama
Bernama
11/06/2025
14:30 MYT
Pahang mahu PBT hentikan penjualan vape selewat-lewatnya awal 2026 - Exco
Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pahang diminta memberikan kerjasama bagi memastikan penjualan rokok elektronik atau vape dapat dihentikan selewat-lewatnya awal tahun depan. - Foto hiasan/REUTERS
KUANTAN: Pihak berkuasa tempatan (PBT) di Pahang diminta memberikan kerjasama bagi memastikan penjualan rokok elektronik atau vape dapat dihentikan selewat-lewatnya awal tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Kemajuan Desa dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata usaha berkenaan dilaksanakan selepas Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) bersetuju dengan fatwa pengharaman vape.
"MMK pada 14 Mei bersetuju dengan fatwa Mufti Kerajaan Pahang (Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim) yang telah dipanjangkan ke Pejabat Penasihat Undang-Undang pada 19 Mac lepas.
"Kerajaan negeri juga mengambil tindakan menguatkuasakan fatwa berkenaan dari sekarang," katanya menerusi hantaran di laman Facebook hari ini.
Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang sebelum ini telah memutuskan bahawa penggunaan rokok elektronik adalah haram kerana memudaratkan kesihatan dan membawa kepada pembaziran.
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum ini dilaporkan menyarankan supaya penggunaan rokok elektronik diharamkan secara total.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pahang
#pbt
#henti penjualan vape
#rokok elektronik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan