awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang sedia tutup sekolah jika IPU cecah tahap sangat tidak sihat

Bernama
Bernama
21/07/2025
15:40 MYT
Pahang sedia tutup sekolah jika IPU cecah tahap sangat tidak sihat
Kerajaan Pahang bersedia menutup sesi persekolahan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri ini melepasi paras sangat tidak sihat. - BERNAMA
PEKAN: Kerajaan Pahang bersedia menutup sesi persekolahan sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di negeri ini melepasi paras sangat tidak sihat.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, berkata langkah itu susulan dua kawasan di Temerloh dan Balok Baru, Kuantan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat, hari ini.
Beliau turut menggesa orang ramai agar menghentikan semua aktiviti pembakaran terbuka bagi mengelakkan keadaan jerebu bertambah buruk.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra bersama Pemimpin Pusat Daerah Mengundi Seri Mahkota serta Penyampaian Sumbangan di Kampung Padang Geroda di sini hari ini.
Mohammad Fakhruddin turut mengingatkan orang awam bahawa individu yang didapati melakukan pembakaran terbuka boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, yang memperuntukkan denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya.
Berdasarkan maklumat di laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), dua stesen pemantauan di Temerloh dan Balok Baru masing-masing merekodkan bacaan IPU 152 setakat jam 6 petang tadi, sekali gus berada pada tahap tidak sihat.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pahang
#tutup sekolah
#IPU sangat tidak sihat
#jerebu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan