awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Painah ditemukan lemah bersama secekak lidi" - Warga emas hilang berjaya diselamat

Aiman Hakeem Awazmin
Aiman Hakeem Awazmin
15/08/2022
08:49 MYT
"Painah ditemukan lemah bersama secekak lidi" - Warga emas hilang berjaya diselamat
Operasi SAR disertai oleh 102 orang pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta 20 orang kampung.- Foto PDRM
BATU PAHAT: Warga emas yang dilaporkan hilang di kebun sawit Kampung Parit Kasih Sayang di Senggarang, dekat sini sejak lima hari lalu, ditemukan selamat, pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, bagaimanapun, mangsa, Painah Siwan, 79, dalam keadaan lemah ketika ditemui sekitar jam 11.25 pagi tadi.
Katanya, mangsa ditemukan berhampiran lopak air 900 meter dari pos kawalan operasi dan 1.4 kilometer dari arah hadapan rumahnya.
"Painah dijumpai oleh dua orang awam yang turut bersama dalam operasi mencari dan menyelamat.
"Operasi disertai oleh 102 orang pegawai dan anggota daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta 20 orang kampung.
"Turut dijumpai bersama mangsa adalah sepasang selipar dan secekak lidi daun sawit yang sebahagiannya telah diraut," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.
Ismail Dollah memaklumkan, mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat menaiki ambulan Angktan Pertahanan Awam (APM) untuk rawatan dan kini dalam keadaan stabil.
Terdahulu, Painah dilaporkan hilang selepas masuk ke kebun untuk mencari sisa daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada Rabu lalu.
Susulan kehilangannya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan melibatkan 187 anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Batalion ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan penduduk setempat.
Topic Berkaitan
#warga emas hilang
#Batu Pahat
#hilang di kebun
#Painah Siwan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan