awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paip pecah: Penutupan bekalan air di Klang, Shah Alam dan Petaling petang ini

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
29/12/2020
02:41 MYT
Paip pecah: Penutupan bekalan air di Klang, Shah Alam dan Petaling petang ini
Air Selangor terpaksa menutup bekalan air pada jam 1 petang untuk memastikan kerja-kerja pembaikan berjalan lancar. -Gambar fail
KUALA LUMPUR:Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengesahkan terdapat kejadian paip utama pecah di Bulatan Persiaran Tengku Ampuan, Seksyen 15 di Shah Alam, pada Selasa.
Susulan kejadian, Air Selangor terpaksa menutup bekalan air pada jam 1 petang untuk memastikan kerja-kerja pembaikan berjalan lancar.
“Penutupan bekalan air tidak berjadual ini akan menjejaskan 58 kawasan di Wilayah Klang, Shah Alam dan 72 kawasan di Wilayah Petaling.
Pelaksanaan kerja-kerja kecemasan bagi pembaikan paip utama pecah di Seksyen 15 Shah Alam akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 58 kawasan di Wilayah Klang/Shah Alam dan 72 kawasan di Wilayah Petaling.#AirSelangor pic.twitter.com/cCWJ6fjppc
— Air Selangor (@air_selangor) December 29, 2020
SIARAN MEDIA: PELAKSANAAN KERJA-KERJA KECEMASAN BAGI PEMBAIKAN PAIP UTAMA PECAH DI SEKSYEN 15 SHAH ALAM#AirSelangor pic.twitter.com/SGEjqXI10l
— Air Selangor (@air_selangor) December 29, 2020
“Kerja-kerja pembaikan dijangka siap sepenuhnya pada 9 malam hari yang sama dan bekalan air akan mula disalurkan kepada premis pengguna selepas kerja pembaikan siap dilaksanakan.
“Tempoh masa pemulihan bekalan air kepada pengguna dari satu kawasan ke kawasan yang lain bergantung kepada lokasi dan jarak premis pengguna,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mengulas lanjut, Air Selangor berkata para pengguna disaran menyimpan bekalan air secukupnya sebelum penutupan bekalan air dan menggunakannya secara berhemat sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual itu.
Maklumat lanjut boleh di akses di laman web Air Selangor.
Topic Berkaitan
#Klang
#shah alam
#bekalan air
#Air Selangor
#paip utama pecah
#Petaling
#pemulihan bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan