awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran hutan berlaku di Taman Puncak Jalil, operasi pemadaman giat dijalankan
Dasar bekerja dari rumah tidak ganggu pergerakan ekonomi negara - Akmal Nasrullah
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, Putrajaya, Labuan dan 11 negeri hingga 2 pagi - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan gantung sementara operasi ketenteraan di Afghanistan

Bernama
Bernama
18/03/2026
16:25 MYT
Pakistan gantung sementara operasi ketenteraan di Afghanistan
Anggota keselamatan Taliban berkawal di daerah Nangarhar, Afghanistan yang bersempadan dengan Pakistan, 13 Mac 2026. (Foto AP)
Pakistan memaklumkan pada Rabu bahawa ia telah menggantung sementara operasi ketenteraan di dalam wilayah Afghanistan atas permintaan Arab Saudi, Qatar dan Turkiye sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang.
Gencatan senjata sementara itu bermula pada tengah malam Rabu dan akan berlarutan sehingga tengah malam Isnin, kata Menteri Penerangan Pakistan Attaullah Tarar dalam satu kenyataan.
Lebih 700 orang terkorban di Afghanistan dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini menerusi apa yang disifatkan oleh Pakistan sebagai kempen menentang "pengganas" dan infrastruktur sokongan mereka, yang digunakan untuk melancarkan serangan di Pakistan.
"Pakistan menawarkan langkah ini dengan niat baik dan selaras dengan norma Islam. Bagaimanapun, sekiranya berlaku sebarang serangan merentas sempadan, serangan dron atau sebarang insiden pengganas di dalam Pakistan, 'Operasi Ghazab-lil-Haq' akan disambung semula serta-merta dengan keamatan yang lebih tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pakistan
#Afghanistan
#operasi ketenteraan
#perang dan konflik 
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan