awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan, Mesir gesa pengenduran konflik, tingkat kesabaran hadapi ketegangan Asia Barat

Bernama
Bernama
29/03/2026
09:52 MYT
Pakistan, Mesir gesa pengenduran konflik, tingkat kesabaran hadapi ketegangan Asia Barat
Pertemuan Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar (kanan), dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty. Kedua-dua negara turut mengecam pencerobohan terbaharu Israel di Gaza dan Tebing Barat yang diduduki. - Foto: Kementerian Luar Pakistan
Pakistan dan Mesir pada Ahad mengulangi gesaan agar semua pihak bertenang dan mengurangkan ketegangan di tengah-tengah konflik yang semakin memuncak di Asia Barat, lapor Anadolu Ajansi.
Kedua-dua negara turut mengecam pencerobohan terbaharu Israel di Gaza dan Tebing Barat yang diduduki.
Perkara itu dizahirkan dalam pertemuan antara Menteri Luar Pakistan, Ishaq Dar dan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty, menurut kenyataan Kementerian Luar Pakistan.
Abdelatty kini dalam rangka lawatan dua hari ke Islamabad bagi menyertai mesyuarat empat hala peringkat menteri luar untuk membincangkan usaha pengantaraan bagi menamatkan konflik berkenaan.
Kedua-dua menteri bertukar pandangan mengenai perkembangan serantau dan antarabangsa, khususnya situasi di Timur Tengah, sambil menekankan keperluan untuk bertenang, mengurangkan ketegangan, serta menyelesaikan pertikaian melalui dialog dan diplomasi.
Dar mengulangi sokongan "tidak berbelah bahagi" Pakistan terhadap rakyat Palestin dan mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan berterusan oleh tentera Israel di Gaza dan Tebing Barat.
Beliau turut menghargai peranan Mesir dalam memudahkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Gaza, termasuk sokongan yang diberikan kepada usaha bantuan dari Pakistan.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#Pakistan
#Mesir
#bertenang
#gesaan
# Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan