awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Kira-kira 140 anggota tentera AS cedera, kata Pentagon
Konflik Asia Barat: Tehran kecam serangan AS, beri gelaran "Operasi Kesilapan Epik"
Harga minyak melambung, dorong kenaikan harga petrol di AS susulan ketegangan Asia Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pakistan ucap tahniah kepada Mojtaba Khamenei sebagai Pemimpin Agung baharu Iran

Bernama
Bernama
10/03/2026
16:06 MYT
Pakistan ucap tahniah kepada Mojtaba Khamenei sebagai Pemimpin Agung baharu Iran
Mojtaba Khamenei, 56, dipilih sebagai pemimpin agung baharu oleh Dewan Perhimpunan Pakar Iran pada Ahad susulan Ayatollah Ali Khamenei yang dilaporkan terbunuh bersama beberapa pemimpin tertinggi Iran dalam serangan Amerika Syarikat-Israel pada 28 Februar

Pakistan mengucapkan tahniah kepada Mojtaba Khamenei di atas pelantikannya sebagai Pemimpin Agung baharu Iran, ketika serangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran masih berterusan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada Yang Mulia Ayatollah Mojtaba Khamenei atas pelantikan beliau sebagai Pemimpin Agung Republik Islam Iran. Saya juga menyampaikan ucapan takziah dan doa bagi pihak rakyat Pakistan atas kesyahidan ayah beliau, Ayatollah Ali Khamenei, serta ahli keluarga lain,” kata Perdana Menteri Pakistan Shehbaz Sharif dalam satu hantaran di platform X pada Selasa.
Shehbaz berkata beliau yakin pemimpin agung baharu itu akan memimpin Iran ke arah keamanan, kestabilan dan kemakmuran pada masa akan datang.
Ayatollah Ali Khamenei bersama beberapa pemimpin tertinggi Iran dilaporkan terbunuh dalam serangan Amerika Syarikat-Israel pada 28 Februari.
Mojtaba Khamenei, 56, dipilih sebagai pemimpin agung baharu oleh Dewan Perhimpunan Pakar Iran pada Ahad.
Rusia, Iraq dan Oman antara negara yang mengucapkan tahniah kepada beliau.
Presiden Rusia Vladimir Putin dalam satu kenyataan pada Isnin berkata: “Hari ini, ketika Iran menentang pencerobohan bersenjata, tugas anda dalam jawatan tertinggi ini sudah pasti memerlukan keberanian dan pengorbanan yang besar. Saya yakin anda akan meneruskan usaha ayah anda dengan penuh kehormatan serta menyatukan rakyat Iran dalam menghadapi cabaran besar.”
Mojtaba Khamenei turut mendapat sokongan Presiden Iran Masoud Pezeshkian, Setiausaha Majlis Keselamatan Agung Negara Ali Larijani dan Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Asia Barat
#Pakistan
#Shehbaz Sharif
#Mojtaba Khamenei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan