awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Thailand undi PM baharu 19 Mac, Anutin dijangka kekal
Lelaki cuba samun kedai emas mati ditembak
Puluhan stesen minyak Australia kehabisan bekalan susulan pembelian panik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Palestin desak siasatan genosid, jenayah perang Israel susulan pembunuhan di Tammoun

Bernama
Bernama
16/03/2026
06:17 MYT
Palestin desak siasatan genosid, jenayah perang Israel susulan pembunuhan di Tammoun
Pembunuhan beramai-ramai oleh tentera pendudukan Israel di bandar Tammoun, tenggara Toubas, pagi Ahad mengakibatkan kematian seorang lelaki Palestin, isteri, dan dua anak selepas tentera rejim itu melepaskan tembakan ke arah kenderaan mereka. -Gambar fail
Kementerian Hal Ehwal Luar dan Ekspatriat Palestin menggesa tindakan tegas antarabangsa untuk menjalankan siasatan berhubung genosid, jenayah perang dan jenayah kemanusiaan yang dilakukan terhadap rakyat Palestin berikutan pembunuhan empat sekeluarga di bandar Tammoun pada Ahad.
Kementerian itu menyeru masyarakat antarabangsa memastikan akauntabiliti penuh terhadap mereka yang bertanggungjawab dan menamatkan apa yang disifatkannya sebagai budaya bebas daripada hukuman (impunity) yang berterusan.
“Keganasan berterusan yang dilakukan oleh peneroka Israel di seluruh Tebing Barat yang diduduki, bukanlah insiden terpencil, tetapi sebahagian kempen lebih luas dan sistematik bertujuan memusnahkan dan memindahkan rakyat Palestin secara paksa, mengeksploitasi ketegangan serantau.
“Israel bertanggungjawab sepenuhnya dan secara langsung atas jenayah ini serta serangan terhadap orang awam Palestin,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Kementerian itu merujuk pada pembunuhan beramai-ramai terbaharu oleh tentera pendudukan Israel di bandar Tammoun, tenggara Toubas, pada pagi Ahad yang mengakibatkan kematian seorang lelaki Palestin, isteri dan dua anak mereka selepas tentera rejim itu melepaskan tembakan ke arah kenderaan mereka.
Dua lagi kanak-kanak turut cedera, menurut kenyataan itu.
“Jenayah tersebut merupakan tindakan pembunuhan di luar penghakiman undang-undang yang mengejutkan, kerana satu keluarga Palestin dengan sengaja dijadikan sasaran ketika berada di dalam kereta mereka.
“Tentera Israel juga dilaporkan menghalang pasukan perubatan Bulan Sabit Merah Palestin daripada pergi kepada mangsa dan membantu yang cedera, meninggalkan mereka tanpa bantuan perubatan segera," katanya.
Kementerian itu menambah ia akan terus mempergiat usaha politik, undang-undang dan diplomatiknya di seluruh forum antarabangsa untuk menangkap pelaku dan semua yang bertanggungjawab atas dasar pembunuhan, pengusiran dan menyasarkan keluarga serta kanak-kanak Palestin.
Menurut kementerian berkenaan, usaha juga akan memfokuskan pada mendapatkan perlindungan antarabangsa untuk rakyat Palestin, mempertahankan kehadiran rakyat Palestin di tanah airnya dan menegakkan hak-hak kebangsaan rakyat Palestin yang sah mengikut undang-undang antarabangsa serta resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Israel
#siasatan
#genosid
#jenayah perang
#Tammoun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan