awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Konflik Asia Barat: Naib Presiden AS, Vance kata rundingan di Pakistan capai 'banyak kemajuan'
Krisis tenaga global: Kerajaan dan rakyat perlu bersatu, jadikan "loceng amaran" - Sultan Nazrin
Konflik Asia Barat: Rubio sertai rundingan Israel-Lubnan di Jabatan Negara AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Palestin gesa tindakan global ke atas pengusiran rakyatnya di Baitulmaqdis

Bernama
Bernama
28/03/2026
05:35 MYT
Palestin gesa tindakan global ke atas pengusiran rakyatnya di Baitulmaqdis
Apa yang berlaku di Baitulmaqdis adalah sebahagian daripada rancangan Israel untuk menjadikan ia kawasan Yahudi. - Gambar fail/Reuters
Kementerian Luar Palestin pada Jumaat mengecam peningkatan aktiviti pengusiran oleh pihak berkuasa Israel terhadap rakyat Palestin di Baitulmaqdis yang dijajah (Israel), lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).
Menurut kementerian itu, ia termasuk pengusiran 15 keluarga baru-baru ini daripada rumah mereka di kawasan Batn al-Hawa di Silwan dan perintah perobohan segera yang tidak boleh dirayu untuk tujuh rumah di bandar Qalandiya.
Kementerian menegaskan tindakan itu memerlukan pendirian antarabangsa demi melindungi rakyat Palestin.
Kementerian berkenaan menggariskan apa yang berlaku di Baitulmaqdis adalah sebahagian daripada rancangan untuk menjadikan ia kawasan Yahudi (Judaise), menghalau penduduk Palestin iaitu penduduk asli dan melaksanakan realiti haram yang bertujuan mengubah komposisi demografi bandar itu dalam tempoh terdekat.
Ia juga memberi amaran bahawa lebih 200 keluarga Palestin di Baitulmaqdis Timur, terdiri daripada kira-kira 900 rakyat, berdepan risiko pemindahan paksa dan pengusiran yang akan berlaku akibat tindakan undang-undang, yang kebanyakannya difailkan oleh persatuan pengganas penjajah kepada mahkamah-mahkamah Israel.
Menurut kementerian, mahkamah berkenaan digunakan sebagai alat untuk mengukuhkan realiti yang menyalahi undang-undang dan tidak pernah berlaku sebelum ini dan untuk memberikannya legitimasi palsu di bandar, berfungsi sebagai instrumen pendudukan.
Kementerian itu menyeru masyarakat antarabangsa termasuk semua negara dan organisasi antarabangsa, supaya mengambil langkah tegas dan lebih jitu untuk menghalang pemindahan paksa terhadap rakyat Palestin daripada berterusan, termasuk mengaktifkan alat tekanan diplomatik dan mengukuhkan kehadiran antarabangsa di lapangan bagi memberikan perlindungan kepada rakyat Palestin.
Ia juga menggesa sokongan untuk usaha melindungi hak-hak Palestin, memastikan ia tidak digugat atas sebarang alasan, mencegah pemindahan paksa dan menghentikan percubaan untuk mengubah realiti demografi atau status dan citra kota suci itu dan untuk menganggap semua langkah dan tindakan oleh pendudukan Israel terbatal, tidak sah dan tiada kesan undang-undang.
Kementerian menegaskan bahawa ia akan meneruskan usahanya di semua peringkat politik, diplomatik dan undang-undang untuk menggerakkan sokongan antarabangsa bagi menghentikan jenayah dan pelanggaran itu, memastikan mereka yang bertanggungjawab dihukum dan memastikan perlindungan hak rakyat Palestin.
-- BERNAMA-WAFA
Topic Berkaitan
#Palestin
#Kementerian Luar
#perpindahan paksa
#Baitulmaqdis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan