awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perjuangan Ng Eain Yow di Mesir berakhir awal
Windows 11 versi 24H2 bakal dinaik taraf automatik ke 25H2
Penantian 65 tahun buat Lincoln City berakhir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pampasan tidak dibayar kepada kerajaan negeri bagi hutan simpan

Bernama
Bernama
18/10/2018
05:12 MYT
Pampasan tidak dibayar kepada kerajaan negeri bagi hutan simpan
XAVIER: Sekarang eco-tourism ini dinikmati orang luar negara, mereka sanggup bayar untuk tinggal di dalam hutan. - Gambar fail/BERNAMA
Kerajaan tidak berhasrat membayar pampasan kepada kerajaan negeri yang menggazetkan kawasan hutan sebagai hutan simpan yang menghalang mereka daripada menjana pendapatan daripada hasil hutan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A. Xavier Jayakumar berkata ini kerana adalah tanggungjawab kerajaan negeri itu sendiri untuk mengekalkan hutan berkenaan sebagai kawasan tadahan air.
Katanya kerajaan negeri sepatutnya boleh mengambil manfaat daripada hutan simpan dengan antara lain memperbanyakkan eko-pelancongan serta mencari kaedah lain meningkatkan pendapatan negeri tanpa bergantung kepada hasil hutan.
"Adakan eco-tourism dan sebagainya. Sekarang eco-tourism ini dinikmati orang luar negara, mereka sanggup bayar untuk tinggal di dalam hutan," katanya pada waktu pertanyaan-pertanyaan Menteri.
Beliau menjawab soalan Datuk Seri Hasan Arifin (BN-Rompin) yang ingin tahu sama ada wajar bagi Kerajaan Persekutuan membayar pampasan kepada kerajaan negeri yang menggazetkan hutan sebagai hutan simpan.
Berdasarkan data, Xavier Jayakumar berkata kawasan hutan di seluruh negara merangkumi 55.52 peratus, seluas 18.24 juta hektar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#hutan simpan
#kawasan hutan
#Menteri Air Tanah dan Sumber Asli
#pampasan
#Xavier Jayakumar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan