awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pancaragam Tentera Darat buka tirai perbarisan, perarakan Hari Kebangsaan

Bernama
Bernama
31/08/2024
01:10 MYT
Pancaragam Tentera Darat buka tirai perbarisan, perarakan Hari Kebangsaan
Seramai 100 Pegawai Kadet Akademi Latihan Ketenteraan, Universiti Pertahanan Nasional membawa Jalur Gemilang berukuran 80x40 kaki pada Sambutan Hari Kebangsaan 2024 di Dataran Putrajaya. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Pancaragam Pusat Latihan Muzik Tentera Darat (Puzida) yang diketuai Kapten Mohd Rizuan Ramzi mendahului perarakan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya hari ini.
Dimulakan dengan perarakan Kontinjen Kenegaraan seawal 8.16 pagi, ia merangkumi pembawa Jalur Gemilang besar berukuran 80x40 kaki oleh 100 pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia diikuti pembawa bendera-bendera negeri oleh 333 peserta.
Kontinjen Komuniti Malaysia MADANI yang diselaraskan Kementerian Perpaduan Negara pula dilihat menampilkan keunikan kepelbagaian kaum termasuk pakaian tradisional, muzik dan tarian kebudayaan masing-masing.
Kontinjen Kesejahteraan ialah kontinjen terbesar melibatkan 5,091 individu daripada pelbagai agensi dan kementerian antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pendaftaran Negara dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Kontinjen Kesejahteraan merangkumi perarakan kereta berhias, pancaragam oleh Jabatan Imigresen dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APMM) serta pameran kenderaan operasi pasukan khas pertahanan awam termasuk special rescue vehicle, communnication rescue vehicle dan rapid rescue vehicle.
Acara perbarisan dan perarakan Hari Kebangsaan 2024 dijayakan oleh 17,262 peserta, 57 kontinjen, 22 pasukan pancaragam, 343 aset darat, 37 aset udara dan 112 haiwan dalam perkhidmatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#Puzida
#pancaragam Tentera Darat
#perarakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan