awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pandu Puteri Malaysia perlu lebih kreatif, inovatif - Rosmah

Bernama
Bernama
04/03/2017
10:23 MYT
Pandu Puteri Malaysia perlu lebih kreatif, inovatif - Rosmah
ROSMAH: Pemimpin dan anggota PPPM perlu lebih kreatif, inovatif dan berani mencuba sesuatu yang baharu. - Gambar fail
Pemimpin dan anggota Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) perlu lebih kreatif, inovatif dan berani mencuba sesuatu yang baharu terutama apabila melibatkan pelaksanaan sesuatu program, kata Yang Dipertuanya Datin Seri Rosmah Mansor.
Isteri perdana menteri berkata anggota pergerakan itu terutama di negara maju dilihat lebih yakin diri, berani, kuat dan nekad untuk berjaya dalam melaksanakan sebarang aktiviti.
Kata Rosmah, mereka sentiasa berfikir di luar kotak bagi mencari cara yang kreatif dalam sesuatu tindakan.
"Adalah menjadi harapan saya supaya anggota pergerakan kita dapat mencontohi sifat positif yang diamalkan pergerakan luar negara," katanya ketika merasmikan Sambutan Hari Peringatan Sedunia 2017 PPPM peringkat kebangsaan di sini hari ini.
Teks ucapannya dibacakan Timbalan Yang Dipertua PPPM Raja Puan Besar Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah.
Rosmah seterusnya mahu PPPM berkolaborasi dengan pelbagai agensi termasuk di bawah kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), entiti perniagaan dan komuniti setempat dalam merealisasikan programnya.
Menurutnya, jalinan kerjasama sedemikian akan membuahkan hasil lebih baik dan berimpak tinggi berbanding dilakukan secara bersendirian.
Merujuk kepada tema Hari Peringatan Sedunia 2017 PPPM berkenaan iaitu 'Let's Grow', beliau berkata ia bermaksud persatuan itu harus terus berkembang demi kebaikan dan kehidupan lebih maju bagi kanak-kanak perempuan, gadis dan wanita seluruh dunia.
Majlis itu turut menyaksikan pelancaran rantaian anak patung buatan tangan terpanjang yang berjaya melakar nama dalam 'The Malaysia Book of Records'.
Rantaian merangkumi 30,000 anak patung sepanjang 6.34 kilometer itu dihasilkan anggota PPPM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datin Seri Rosmah Mansor
#NGO
#PPPM
#The Malaysia Book of Records
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan