awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Slot punca Salah tinggalkan Liverpool'
Asnida Daim tiba beri keterangan di SPRM
Konflik Asia Barat: Iran lancar 10 peluru berpandu ke Israel dalam tiga gelombang serangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pangkalan data pemandu bas perlu dipercepat

Bernama
Bernama
05/03/2026
11:25 MYT
Pangkalan data pemandu bas perlu dipercepat
Che Ibrahim bergambar selepas menyampaikan zakat kepada golongan asnaf sempena Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat E-Mutiara di Ibu Pejabat Konsortium E-Mutiara Berhad pada Khamis. - Foto BERNAMA
Kerajaan digesa mempercepat pelaksanaan pangkalan data pemandu pengangkutan awam, khususnya pemandu bas ekspres sebagai langkah mengekang kegiatan penyeludupan pendatang tanpa izin.
Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd Che Ibrahim Che Ismail berkata ia susulan kebimbangan kemungkinan pengangkutan awam digunakan sebagai medium membawa pendatang asing tanpa dikesan pihak berkuasa.
Beliau berkata pangkalan data itu juga penting bagi merekodkan pemandu yang pernah dikenakan tindakan disiplin termasuk digantung atau ditamatkan perkhidmatan kerana salah laku.
“Pada November tahun lepas, syarikat ini mengesan seorang pemandu dan pembantu laluan Johor Bahru dipercayai menerima bayaran lumayan untuk bersubahat membawa lima hingga enam warga asing hasil penelitian rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bas.
“Apabila kita meneliti video itu, kita terus panggil dan gantung tugas pemandu terbabit. Namun individu itu menghilangkan diri selepas laporan dibuat kepada pihak berkuasa,” katanya pada Majlis Penyampaian Zakat Konsortium E-Mutiara Bhd 2026 di Panji di sini pada Khamis.
Che Ibrahim berkata ketiadaan pangkalan data menyebabkan pemandu yang mempunyai rekod kesalahan masih berpeluang bekerja dengan syarikat lain.
“Justeru, pihak seperti Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) atau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) diharap dapat menyegerakan pelaksanaan pangkalan data supaya rekod disiplin pemandu direkod dan boleh dirujuk semua pengendali.
“Terpulang kepada syarikat sama ada mahu mengambil mereka bekerja atau tidak namun sekurang-kurangnya ada rekod jelas untuk rujukan,” katanya.
Sebelum ini, APAD dilaporkan sedang membangunkan pangkalan data bagi menghimpunkan rekod dan maklumat lebih 60,000 pengendali syarikat bas dan lori yang dijangka dilancarkan pada suku pertama tahun hadapan.
Dalam perkembangan lain, Che Ibrahim berkata hampir 40,000 tiket perjalanan bas telah terjual bagi tempoh puncak menjelang Aidilfitri bermula dari 13 Mac ke semua destinasi di seluruh negara.
Beliau berkata jualan tiket dibuka sebelum Ramadan habis dijual dalam tempoh kurang dua minggu melibatkan penggunaan hampir 80 bas terdiri daripada 25 bas ekonomi dan selebihnya bas eksekutif.
“Tiada kenaikan harga namun kita mengenakan surcaj 10 peratus sempena Aidilfitri seperti disyorkan kerajaan. Kita juga sedang mempertimbangkan penambahan kira-kira enam bas,” katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengangkutan awam
#pangkalan data
#jualan tiket
#Aidilfitri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan