awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Ketua pengarah, pengarah jabatan kerajaan seleweng dana RM900,000 ditahan SPRM
Sekuel 'F1' Brad Pitt sah dalam pembikinan — Jerry Bruckheimer
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Paras air di beberapa sungai di Terengganu meningkat

Bernama
Bernama
18/12/2022
02:10 MYT
Paras air di beberapa sungai di Terengganu meningkat
Penduduk kampung melakukan persiapan dengan menyediakan sampan di rumahnya sebagai persediaan untuk berpindah selepas air sungai berhampiran melimpah semasa tinjauan di Kampung Paloh Nyior, Kuala Berang, baru-baru ini. - Gambar fail BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Penduduk di beberapa kawasan di Terengganu diminta bersiap siaga dan peka dengan arahan pihak berkuasa bagi menghadapi kemungkinan banjir.
Ia susulan kenaikan paras air sungai di beberapa kawasan di daerah Besut, Setiu, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu dalam laman media sosialnya memaklumkan stesen yang telah mengalami kenaikan air aras bahaya pada 8 pagi ini termasuk Sungai (Sg) Telemong di Kampung (Kg) Sungai Ping dan Sg Berang di Kg Menerong di daerah Hulu Terengganu.
Di daerah Setiu, sungai yang melepasi aras bahaya ialah Sg Nerus di Kg Langkap; Sungai Chalok di Jambatan Chalok dan Sg Setiu di Jambatan Permaisuri manakala di Besut stesen terlibat ialah Sg Besut di Kg Keruak dan Sungai Besut di Kg La.
Sg Tumpat di Kg Baru, Kemasek di Kemaman dan Sungai Peneh di Felda Mengkawang pula berada pada aras amaran manakala Sg Nerus di Kg Bukit di Setiu berada pada aras waspada.
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#terengganu
#banjir
#paras air sungai
#kenaikan air aras bahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan